Follow Us @soratemplates

26/02/2021

Belajar mengatakan TIDAK


Adakah anda sejenis spesis yang mudah berkata 'Tidak'? 

Saya sejenis manusia yang sukar mengatakan 'Tidak'.
Prinsip saya semasa bekerja mudah.
Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
Saya sedaya upaya akan buat termampu untuk mudahkan orang.
Saya puas.
Biarlah saya bersusah-payah asalkan saya puas.


Namun pernah jua terlintas di hati kecil saya.
Saya asyik nak mudahkan orang. 
Tapi ada orang lain yang lagi mudah sebab tak buat apa.


Sesuatu terjadi hari ini.
Saya memang sibuk.
Nak tanyak kabar anak pun tak sempat.
Tiba-tiba mesej masuk.
Bila dia dah mula hmm..
Saya dapat rasakan mesti berkehendak sesuatu ni.


Ya, benar.
Dia ada harapan.
Ya benar.. saya sibuk.
Saya tidak respon 'ya', juga 'tidak'.
Saya cuma diam.
Saya teruskan kerja.


Tak lama kemudian. dia telah redha.
Gembiranya!
Silent treatment yang berjaya!


Tau tak perasaan suka tu tiba-tiba ada?
Oh, begitu rupanya bila cuba berkata 'Tidak'.
Walaupun cuma diam seribu bahasa.
Ternyata strateginya berjaya.


Saya puas kerana saya tidak membantu hari ini.
Aneh perasaannya ya.
Saya selfish?
Eh... tidak!
Mungkin tiba masanya saya perlu ruang untuk saya sendiri.
Cukup-cukuplah menjadi lilin.


Hahahaha!
Perasan sungguh nak jadi lilin!





8 comments:

  1. memang tak perlu jadi lilin
    lilin hanya dicari apabila terdesak sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg pakai flash light di hp pn boleh kn wak? Haha

      Delete
  2. Memang susah nak mengatakan tidak, suka berusaha sedaya mampu. Pernah juga terlintas fikir macam tu. Ada masanya cakap 'tidak, tak' rasa lega juga lepas beban. Kadang tengok keadaan juga.

    Alamak, Lilin dicari masa blackout je.Itupun kalau ada.

    ReplyDelete
  3. omg yesss!!! berkatakan tidak bukan bermakna selfish, kita perlu ruang utk diri sendiri dulu n yg penting tak bg jalan utk org gunakan kelemahan kita :)

    ReplyDelete
  4. yep, saya pun susah nak cakap tidak. lepas cakap tidak kadang rasa bersalah. masih cuba untuk tenangkan diri lepas cakap tidak hehe

    ReplyDelete
  5. Saya belum punya kekuatan lagi untuk berkata tidak dan memang betul natijahnya akan stress sendiri.
    Pernah juga terbaca kata-kata " Jadilah seorang yang dihargai & jangan jadi seorang yang diperlukan"

    ReplyDelete
  6. Yesss.. Sometimes memang kena tolak.. Bukan sebab kita pentingkan diri tapi kena bagi ruang untuk diri kita juga.. Penolakan paling lembut adalah dengan melakukan silent treatment..

    ReplyDelete
  7. Ada masa kenak ambik kesempatan. Sebab madah aok aok jak. Kmk pun rasa silent treatment ya yang terbaik. Mun reply kelak takut salah bahasa, nyinggung hati orang.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥