Follow Us @soratemplates

01/03/2021

Just Go With The Flow


Kenapa sukar mengatakan TIDAK?

Sebenarnya.
Saya ada satu sikap negatif.
Yang sebenarnya menyusahkan diri sendiri.
Mungkin itu menjadi faktor saya sukar mengatakan TIDAK.
Sebab..
Saya sukakan sesuatu mengikut acuan saya.
Bila lama kelamaan saya letih.
Saya hampa.
Hampa bila sesuatu yang diharapkan tidak mengikut spesifikasi saya.
Penat sebenarnya.

Bila semakin matang.
Semakin faham situasi sekeliling.
Faham manusia-manusia di persekitaran kerja.
Saya mula belajar.
Ya.
Belajar untuk redha.

Tak semua yang kita harapkan.
Akan menjadi seperti yang kita plan di kepala.

Kita tak boleh mengubah orang.
Mengikut seperti apa yang kita nak.
Kita bekerja bersama-sama.
Tak boleh nak paksa sangat orang ikut kehendak kita.

Nampak?
Bila orang lain tak boleh memenuhi kemahuan saya.
Saya suka terus buat sendiri.
Tak sihat kan?

Tapi.
Ada juga benda yang saya nak.
Saya cuba suarakan.
Nak ikut, saya suka.
Tak ikut, lantaklah.
Saya kan dah belajar untuk redha.
Orang puteh kata..
Just go with the flow

Walaupun hakikatnya.
Kurang berkenan, tak berapa suka
Tapi..
Terpaksa tutup mata
-senyum-







7 comments:

  1. kadang2 ada perkara yang terpaksa kita diamkan

    ReplyDelete
  2. Susah tu memang susah. Kita tak boleh nak ubah cara orang lain ikut cara kita. Kita kena adapt dan ignore bila something tu kita tak suka. Ye, pejam mata je lah dan senyum. Moga yang baik baik kita dapat :)

    ReplyDelete
  3. sampai bila kita nak tutup mata .. one day kena juga bersuaram utk kesenangan kita

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat.. Ada masanya terpaksa go with the flow..

    ReplyDelete
  5. Nang kedak ya. Situasi kerja tok kadang-kadang susah nak cakap. Mun orang lain nak ngekot cara kita which is mungkin menyenangkan semua orang, alhamdulillah. Tapi ya la tek. Perangai manusia tok susah kita nak jangka. Last-last kmk akan padah dirik kmk, tandah jak la. Kelak2 gik molahnya. Pakei nyenang hati nak ohh.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥