Tabung Jumaat Alan

Hujan lebat pagi semalam menyebabkan suasana yang agak bising di dalam kereta. Seronok berbual-bual dengan Alan yang ceria. Kalau pakai uniform PJ mesti dia suka. Tambah-tambah lagi kalau hari Jumaat dia suka sebab dapat balik awal. Disebabkan hari Jumaat, topik ibu dan anak pagi semalam pun berkaitan sedekah. 

Bila tiba hari Jumaat, PASTI Alan memang letak 'Tabung Jumaat' di depan kelas. Sambil tunggu cikgu mengimbas kod QR dan 'menembak' dahi boleh saja anak-anak masukkan sedekah di Tabung Jumaat. Alkisahnya semalam Alan request nak sedekah guna duit dia sendiri.

"Ibu, bolehkah kamek sedekah guna duit kamek sendirik?"
"Kitak ada duit?", tanya si Ibu.
"Ada," dengan yakin dan bangganya.
"Kitak nak sedekah berapa ringgit?"
"Duak puluh"

Hampir tersembur gelak dari mulut saya. Alan.. Alan. Memang suci bersih kan hati kanak-kanak ni. Pernah dahulu dia dapat duit not RM50 daripada atok, terus dia cakap nak masuk di Tabung Jumaat sekolah. Nasib baik dia terlupa terus duit not 50 tersebut sebab dia dah masukkan ke dalam tabungnya.

Sejak Alan seorang yang masih berada di tadika, rutin awal pagi saya cuma ada dia saja yang menjadi teman bicara. Begitulah. Macam-macam topik yang menjadi inti perbualan kami. Isu semasa Covid 19 pun ada. Budak yang baru masuk 6 tahun ni pun dah faham, kata Alan, Covid ni akan lenyap dari muka bumi ni kalau dah ada vaksin. Oops, Ibunya pun masih sangsi lagi nak ambik ke tak vaksin Covid 19 ni. Dia pulak terus confident penawar Covid 19 ni ialah vaksin. Hmm.. Saya sebenarnya suka juga sembang santai topik-topik semasa ni supaya mereka boleh berfikir secara matang. Tak adalah asyik fikir nak bermain saja.

Tiba-tiba... suasana sunyi seketika. Hanya terdengar rintik-rintik hujan dari luar tingkap kereta. Saya toleh ke kiri. Astaghfirullah! Dia dah tertidur rupanya. Alan oh Alan!

Nampak tak ada not biru di tangannya?


Sampai di parking depan sekolah dah jadi macam ni pulak. Nasib moodnya ok saja bila dikejutkan.

Begitulah rutin pagi kami anak-beranak. Sembang sembang tidur. Balik sekolah nanti sembang lagi. Begitulah.



 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah, sejuk hati ibu. Baiknya Alan. Penat sangat tu sampai tertidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mslhnya ni pagi ms br nk pegi sekolah 😂😂😂

      Delete
  2. Alhamdulillah, suci hatinya.
    Kata ilmuan.. "Kaya seorang itu bukan pada banyak harta yang dimikiki, tapi pada berapa banyak dia memberi"

    ReplyDelete
  3. Aloloooo comelnya Alan.
    Bersedekah amalan mulia kan Alan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgs sekolah dh terapkn dr awal kalo jmpa org buta tepi jln pn sibuk nk sedekah

      Delete
  4. wah bagus nyaa,, kecil2 dah pandai menabung dan bersedekah...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dari kecik gik diajar bersedekah hari jumaat. Hehe. Anak soleh Alan ni. Amiin :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. sikap Alan mmg bgos... perlu dicontohi...

    ReplyDelete
  7. comelnya alan ni.. semoga Alan membesar jadi anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  8. Seronok juga berbual dengan kanak-kanak ni. Kita boleh tengok dunia dari mata diorang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin melayan je sal.. seronok kekadang lucu jgk bila pendapat mereka x sama dgn kita

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form