Bertahanlah Mika..

Petang tadi.. di belakang rumah


Iman: Ibu!! Sini!! Ga Mo Tak mati!!
Ibu: Hah? Bila pulak dia mati??


Bila jenguk di belakang, betullah anak kucing berbulu hitam dah dikerumuni lalat. Semalam ok lagi anak kucing ni. Anak kucing 4 beradik ni memang lahir di stor kat rumah belakang. Lepas tu terus lah diorang dengan emaknya sekali jadi residen tetap di belakang rumah tu. Tapi seekor dah mati, tinggal 3 beradik dengan emaknya Wigen.

Kenapa tiba-tiba Ga Mo Tak mati ni? Entah-entah virus parvo kot. Adeh adeh, Mika pun demam! Badannya panas. Tapi Mika takde pulak bercampur dengan Wigen anak beranak sebab Mika tempat tidurnya di area carporch. Risau pulak Mika dah terkena parvo jugak. Mikaaa!!


Lepas kuburkan Ga Mo Tak jenguk si Mika ni. Lemahnya dia. 

Bila panggil-panggil dia takmo datang. Dok je dalam tu. Badannya pulak panas.

Makan takmo, minum takmo. Tadi paksa jugak dia minum air zam zam guna syringe. Meronta jugak dia. Pastu dia masuk dalam tu lagi. Takmo pandang kitorang. Merajuk kot. Last-last dia tido atau buat-buat tido sebab ekor masih bergerak-gerak. Risaunya lahai. Nak cari air kelapa dah malam ni. Air 100 plus pun takde kat rumah. Semua nak kena tunggu besok hari.

Bertahanlah ye Mika. Sedih!




10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kucing saya pun baru beranak 3 hari lepas. 6 ekor semua anaknya, tapi malangnya 4 ekor mati. Tak tahu kenapa. Tinggal 2 ekor sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk tu 4 ekor mati.. xde rezeki nk jaga kan

      Delete
    2. Tapi saya dah ada 10 ekor kat rumah.. Semua tu anak dialah juga. Bapak dia entah siapa².. hihi

      Delete
  2. Bawak ke klinik kak, moga dapat sihat semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni takut nk keluar mslhnya.. husband pulak keja.. budak 12 thn kn x boleh keluar

      Delete
  3. Lucu nama ga mo tak hehehe
    Untuk mika tu, kalau teruk bawak pergi vet kakmim. Kesian mika :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama karakter dlm kdrama 😂😂 uncanny counter

      Delete
  4. Harap Mika cepat sembuh. Kesian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mika dh keluar meronda xtau dia g mana.. tetiba dia dh xda kt tmpt tidur dia

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form