Follow Us @soratemplates

07/06/2021

Review: Nasi Goreng Ikan Masin Brahim's

Sebelum ni selalu nampak kawan-kawan yang nak travel mesti cari stok Brahim's ni. Teringin jugak nak rasa. Sedap ke? Bila terjumpa brand ni kat supermarket terus je grab 1 nak cuba. Ada banyak lagi menunya tapi entah kenapa saya nak cuba nasi goreng ikan masinnya.


Macam ni rupa packagingnya bila keluar dari kotak.


Mati-mati saya ingatkan paste. Rupanya memang nasik yang dah siap digoreng! Ada 3 cara untuk kita nak memanaskan nasik goreng ni iaitu dengan menggunakan microwave, direndam dalam air panas atau digoreng macam biasa atas kuali.


Saya try cara menggoreng je lah. Kalau kita panaskan atas kuali kelebihannya kita boleh campur telor. Ala.. macam kita goreng nasik sendiri lah.


Haa.. dah siap pun nasik goreng ikan masin siap saya campur sawi lagi. Meriah jadinya dengan nasik goreng beras basmathi dan ikan tenggiri masinnya memang terangkat aromanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili lagi tapi kalau tak tambah memang ada rasa jugaklah kepedasannya walaupun takdelah pedas namatey ye.


Kalau tak percaya, ini dia dah siap bagitau kat packaging kotaknya. Memang senang. No wonder member adik yang keja offshore memang angkut banyak stok Brahim's ni bila nak masuk kapal. Dulu masa Encik Suami pergi lawatan kerja di German pun kami cari Brahim's ni jugak. Time tu saya belikan nasi tomato. Tapi masa tu memang tak boleh imagine lagi macam mana rupanya. Now dah tau dah. Sedap pulak tu. Masuk ke anak tekak saya. Nanti boleh la repeat lagi kalau teringin. Hihihi.




 

13 comments:

  1. Aih... Nang nasik di dalam ya. Belum gik kamek coba. Maok juak carik kelak.

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik nasinya.Review pun bagus tu..Ha Brahim's,sila la bagi percuma sepaket laginuntuk Kakmim...hihihi
    Dulu zaman saya rajin beli majalah di tahun2 90-an memang banyak iklan Brahim's ni dalma majalah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..sy kalau menu mmg mcm ni meriah dgn letak cili, biar pedas berpeluh gitu 😅

    ReplyDelete
  4. anak bujang akak kalau blk nak nasi goreng
    blh la try menu nasi goreng mcm ni pula

    ReplyDelete
  5. Mudahnya! Memang sesuai dibawa untuk travel ni.

    ReplyDelete
  6. bwa untuk travel ni memang senang :)
    kalau malas nak masak kat rumah pun boleh try juga brand ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Brand Brahim memang well known!

    ReplyDelete
  8. Ada macam-macam produk Brahims ni... banyak yang saya tak cuba lagi. Nanti nak cubalah yang ini.

    ReplyDelete
  9. Kiranya ready to eat ni lah ni. Tinggal panaskan je. Mudah amat. Patutlah ramai mencari bila nak travel. Saya pun ingatkan macam pes.

    ReplyDelete
  10. Haha. Ni memang menu wajib bawak travel.

    ReplyDelete
  11. wowww! penah nampak produk ni.. igt sejenis perencah. rupanya dalamnya mmg ada nasi ek.hehe

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥