Follow Us @soratemplates

07/06/2021

Masterchef Alan

Scroll-scroll gallery di henfon tertengok gambar Alan di sekolah. Kesiannya Alan, 2 tahun ni sikit sangat pengalamannya dengan kawan-kawan. Nasib baik jugak dia dah mula bersekolah sejak umur 4 tahun at least ada jugak kenangan manis dengan kawan-kawan zaman tadika. 

Sebenarnya ini aktiviti Alan sebelum puasa dan sebelum sekolah-sekolah di Sarawak ditutup serta-merta hari tu. Lepas raya ni tadika kan dibenarkan bukak tapi saya tak hantar Alan ke sekolah. Cuma saya ajar sendiri di rumah, lagipun dia dah pandai membaca takdelah risau sangat. Aktiviti mereka untuk hari tu diorang nak buat biskut raya sempena kedatangan bulan Ramadhan. So cikgu suruh bawak nestum & chocolate rice. Time tu kat umah takde stok chocolate rice so Ibu bawakkan aja chocolate chip. Itu jer yang ada. Sesiapa yang ada apron cikgu suruh bawak jugak sebab nak buat biskut katanya. Baikkk..


Gambar yang cikgu post di whatsapp group kelas. Semua jadi chef hari tu. Seronok Alan balik rumah masih pakai topi master chefnya.


Bangga Alan dapat buat biskut untuk semua. Kebetulan hari tu bukan ibu yang ambik Alan balik sekolah, ayah yang ambik. Awal lagi dia pesan nanti tinggalkan untuk ibu jugak biskut yang dia bawak balik rumah tu. Semua orang kat rumah nenek kena rasa biskut yang dia buat. 😂😂


Alan dan kawan-kawannya. Yang tengah-tengah tu bff Alan, Umar. Alan ni jenis memilih sikit kalau berkawan. Dia tak suka budak yang kasar, suka membuli, dia takkan kawan dengan budak macam tu. Alan.. Alan.. dia ni sejenis perfectionist sikit. Lagak macam orang dah besar. Sebab kawan-kawan di rumah semuanya orang besar (ye lah dah dia bongsu).

Sekarang dah bulan 6, tup tup lepas ni pejam celik pejam celik nak masuk sekolah rendah pulak dah anak bongsu saya ni. Hmm..

 

16 comments:

  1. Tekunnya Alan membentuk kuih. Thoughtful dia suruh tinggal biskut untuk ibu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. x sampai hati pulak kalau x mkn penat dia tinggalkan

      Delete
  2. Seronoknya, buat biskut kat sekolah. Sampai ke muka ada nestum ye, Alan. Hehe..
    Tu la, kesian budak-budak tak dapat pergi sekolah.

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu ada juga pasang cita-cita nak jadi chef, tapi lupa nak belajar jadi chef .. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pyh la belajar.. jd chef utk anak isteri je lah 😅

      Delete
  4. ALa-ala omeynya chef cilik ni :)
    Aktiviti mcm ni plg kanak-kanak suka..baru otak lbh berhubung, kan kak min :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu shida.. x habis2 ceta kalo aktiviti mcm ni

      Delete
  5. anak2 tadika memang suka aktiviti cookies camni
    blh mkn katanya
    rindu dg anak2 transit /playschool huhuu biasa kalau cuti sek memang program masak2 la paling best dan meriah, semua nak memcuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Hepi diorg kalau dpt buat aktiviti masak2 diorg rs dh dewasa

      Delete
  6. Sebenarnya bukan budak sahaja,kita yang dewasa ni pun seronok kalau belajar dengan cara amali & bukan mengadap buku semata-mata.Kadang kesian budak sekarang macam terlalu diasak dengan akademik.Tapi tak pulun akademik ketinggalan la pulak .huhuhu..Apapun semoga semua anak-anak dimudahkan urusan.Zaman mereka mana nak sama dengan kita kan..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tadika sekarang dah ada aktiviti macam ni. Pandai Alan memilih kawan dan berfikir tu. Matang sikit sebab belajar dari kakak dan abang agaknya tu :)

    ReplyDelete
  8. Kesian jugak ye anak-anak kehilangan banyak memori zaman sekolah macam ni. Harap tahun depan kes dah reda dan mereka boleh bersekolah macam biasa

    ReplyDelete
  9. alolo comel jaa masterchef Alan nii. mestiii sedap tu :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥