Pengalaman Membeli Emas Public Gold Secara EPP


Hari tu dapat call dari unknown number.

Unkown number: Hello, kamek dari J&T.
Me: Kitak di luar rumah kah?
Unknown number: Aok.
Me: Ok, ok, sekejap.

Saya blur sekejap. 
Sebab masa tu baru je order barang takkan terus sampai.
Cepat-cepat suh Abang ambik barang dari rider di luar.
Bila dah tengok parcel barulah tau.
Akhirnya sampai juga barang yang dah lama ditunggu.
Mulanya saya dah give up dah sebab lama sangat kan?
Dekat nak sebulan jugak baru dapat dinar dari Public Gold ni.
Sampai lupa dah.

Dinar pertamaku dari Public Gold (PG)
Saya beli guna kaedah EPP.
Thank you Any, my uni bff yang introduce me!

Saya mula menyimpan secara ansuran ni dari tahun lepas.
Bulan 4 hari tu kiranya cukuplah ansuran 10 bulan.
Setiap bulan tranfer je nilai ansuran kita ke akaun PG.
Mudah je, semuanya hanya di hujung jari.
Lepas tu commit lah membayar sampai selesai.
Bila beli secara EPP ni, 
bila dah cukup haul tu kita kena ambik (keluarkan) dinar kita ni.
Jangan risau, memang ada admin PG yang boleh kita deal.
Mula-mula buat secara online dulu.
Kemudian bayar insuran dengan postage.
Online jugak.
Lepas tu admin PG akan call untuk confirmkan alamat kita.
Macam tu jer.

Sekarang trend saving emas dah jadi kebiaasaan selain saving RM di bank.
Yang bestnya bila terjebak dengan emas ni kita automatically jadi alert dengan harga pasaran emas.
Harga emas drop, mulalah usha-usha website PG.
Bukan nak beli aksesori, tapi nak cari peluang saving emas fizikal ni ha.

Tahukah anda di Public Gold kita berpeluang memiliki 1 Dinar / GoldBar 10 Gram secara EPP10 (Easy payment purchase)?
 Lock harga masa promosi & bayar harga yang sama 10 bulan seterusnya.
Ertinya, kita ada komitmen selama 10 bulan, contohnya RM110 setiap bulan. Insya Allah mampu kan?

 Kenapa saya suka kaedah EPP?

✅ Pupuk diri konsisten simpan emas
✅ Harga kekal sama hingga habis bayar
✅ Cara kutu moden. Habis bayar reward dapat emas! 

 Apakah kelebihan menyimpan emas secara EPP?

 ✅ Bila ada komitmen, baru duit lekat untuk buat simpanan. Orang lain bayar hutang bank, kita bayar EPP aset emas! Bijak gitu
 ✅ Sesuai untuk orang yang baru nak merasai pengalaman menyimpan emas. Lepas ini pasti nak buat EPP emas yang lebih besar gramnya! 
 ✅ Peluang mengumpul aset emas secara konsisten dengan bajet tetap setiap bulan.

Tapi.
Ada tapinya.
Selain kaedah EPP, 
ada juga kaedah lain untuk membeli emas di PG ni.


Kita juga boleh menyimpan secara GAP.
Atau Gold Accumulation Program.
Kaedah GAP ni kita cuma perlu ada modal minimum RM100 je untuk aktifkan akaun GAP kita di PG.
Macam bank jugak kan, 
nak bukak akaun kena masukkan certain amaun dulu.
Lepas tu, kita boleh la start saving setiap bulan.
Kalau emas drop boleh lah simpan lebih sikit.
Begitulah.
Amaun yang kita saving tu bersamaan nilai gram emas ye.
Jika saving dah berkilo-kilo emas tu, (wow!)
dah bolehla nak usha emas aksesori di PG.
Nak cairkan ke tunai pun boleh je.
Nak simpan je di akaun PG tu pun boleh.
Nanti harga emas naik, ataupun dah cukup target, bolehlah jual.
Manyak untung woo!

Itu pemahaman dari saya yang bukan dealer PG ni.
Saya user biasa je ye.
Niat nak buat saving je sikit-sikit.
Bukan apa, kalau saving di bank,
mudah je nak withdraw bila-bila masa bila kesuntukan.
Bilanya nak menggunung duit di bank tu kalau asyik withdraw.
At least simpan emas fizikal ni insya Allah boleh la.
Tapi simpanan RM di bank pun perlu jugak.
Hidup ni kena ada strategi.
Kena ada plan A, plan B.

Oh, ya!
Ada 1 lagi kaedah membeli emas di PG ni.
Iaitu secara Outright Purchase (OP).
Kaedah ni macam biasa la.
Kalau kita ada selonggok duit yang tak tau nak buat apa,
beli la emas fizikal tu secara tunai.
Ada orang tak suka pakai aksesori banyak-banyak.
Daripada beli gelang, rantai tak dipakai baik beli dinar.
Begitulah.

Simpan, simpan jugak emas.
Kalau dah perlu dibayar zakatnya, silalah bayar ye.
Part zakat kenalah refer ke jabatan agama negeri masing-masing.
Setiap negeri tak sama pengiraan pembayaran zakat emasnya.
Jangan lupa ya!

Ingat!
Hidup kita ada pilihan.
Hidup kita juga perlu ada strategi.
Bermulalah dari sekarang.
Ingat kata-kata dari Mak Cella ni.
Sakit pun kena pakai duit.
Nak beli ubat, nak pergi check hospital.
Begitulah.






 

20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Menarik cara ni Kak Mim, menggalakkan simpan emas sebagai pelaburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita cuba kak.. simpan duit asik kena kikis je.. hrp simpan dinar idok ler

      Delete
  2. Cantik design dinar emas Public Gold ni. Ada bajet lebih okay juga buat pelaburan beli emas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgu bajet lebih mmg ssh fiza.. kena push sendiri utk saving sikit2 ni.. hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Plannya mcm tu lah kak sediakan payung sebelum hujan

      Delete
  4. Saya dah lama ada akaun Public Gold ni tapi jadi dormant dah.
    Menarik betul plan EPP tu. Kena explore lagi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh ada acc tu boleh la usha2 guna epp tu

      Delete
    2. Nanti ada rezeki nak buat macam Kakmim jugalah.

      Delete
    3. Ada promo epp tu cpt2 grab tau.. bln 8 ni mst ada kot sbb bulan kemerdekaan

      Delete
  5. bagus ni kak mim..simpan emas keping lg mudah..

    ReplyDelete
  6. ada juga gold dan dinar..lama dh beli juga

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Teruskan menyimpan emas.. Saya pun menyimpan emas melalui PG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la sikit dpd xde kan.. tahniah jugak.. hehehe

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form