Menu Hari Raya Haji 2021

Hari tu masa hari raya haji alkisahnya saya tak merendang. 
Selalu mesti jer merendang kerana favourite Encik Suami kan?
Kali ni saya mengambing pulak. Hihihi. 
Buat kari kambing untuk makan bersama nasi arab. 
Pes nasi arab kali ni saya order dengan member masa sekolah dulu sebab selalu tengok dia post kat FB dia, so why not kan kita try? 

Ini dia packagingnya. Local product. Berasnya tak sampai 500 g pun 1 pack ni.

Rupanya pes ni dia sertakan sekali dengan rempah perapan ayam Mendhi. 
Tapi saya tak buat pun ayam tu. 
Sebab nak makan dengan kari kambing kan?
 Pelik tak nasi arab makan dengan kari? Haha! 
Itulah saya, sesuka hati je kalau bab makanan ni.

Satu lagi pes ni kita kena 'beraksi' sedikit.
 Bukan macam pes yang saya selalu pakai just masukkan pes dalam air sampai mendidih sebelum masukkan beras. 
Guna pes ni kita kena follow rule memasak macam biasa, kena tumis dulu rempah 5 sekawan, tumiskan rempahnya baru masukkan air sebelum boleh dimasukkan beras.

Jadilah santapan kami anak beranak.
Boleh la hantar nasi arab dan kari kambing kat umah mak, mertua dan umah nenek.

Nasi arab dan kari kambing.

Papadom dom dom.

Ketupat lemak masin dan lemang.

Kek Lumut dan Kek Batu Marmar. 
Kek Batu Marmar tu kes hari raya hari tu yang saya simpan di freezer.

Itu jer koleksi menu kami anak-beranak hari raya haji tahun ni. 
Di Sarawak ibadah korban tidak dilaksanakan, semuanya ditangguhkan.
 So memang tak rasa hari raya korban pun.
Kalau tak mesti ada makan sup daging korban yang fresh. 
Tahun ini yillek.

Nasib baiklah solat raya boleh di masjid tapi tak ramai kata Encik Suami. 
Masa raya aidil fitri hari tu lagi ramai katanya di masjid kat taman kami ni.

Untuk lipatan sejarah pandemik,
 2 hari sebelum raya haji, ada 2 buah kampung yang bersebelahan kampung nenek yang diPKPDkan kerana menularnya varians delta di situ.
 Risau jugak kampung nenek kena PKPD tapi alhamdulillah kampung nenek tak kena. 
Tapi dapat jugaklah tengok khemah-khemah SJR yang berkampung di situ.

Ini jer gambar raya haji 2021.
Itu pun menyempat dalam kereta. 
Raya haji tahun lepas lagi meriah. 
Hmm..


18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. menu sedap kakmim! meriah juga suasana kak mim..shida ni apa pun tak sempat snap..ibu jari kaki punya hal huhuuu..Salam Aidiladha kak mim sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speedy recovery shida.. kalau kuku dh smpai tercabut tu mmg sakit x terkata tu

      Delete
  2. Pun boleh kak nasi arab dengan kari kambing. Ikut selera kita gitu. Senang masak nasi arab ada rempah ayam mendhi sekali. Kira nasi arab anti gagal lah ni. Gerenti jadi. Sedapnya nasi arab. Mujur dah makan 2 3 hari lepas. Teringin nak makan kek lumut dan kek batu marmar. Kek batu marmar padat macam kek lumut dan kek lapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek lumut senang je nk buatnya.. kek batu marmar tu ada payah sikit laa.. hehehe.. try lah buat kek lumut tu

      Delete
  3. ketupat lemak masin tu salut garam ke luaran nya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat tu direbus dgn santan yg ditambah garam.. jadinya berlemak masin.. sedap cicah susu pekat manis atau kari pekat.. hehehe

      Delete
  4. Menu raya semuanya buat As terliur... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla masak2 as.. kalau masih wfh.. hehehe

      Delete
  5. Nasi arab makan dengan kari kambing nampak sedap, kakmim. Pertama kali tengok ketupat lemak masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Member semenanjung yg dok sini pn pelik ketupat berlemak masin mcm ni.. tp mmg org sini punya ketupat direbus dgn santan bergaram gini nur

      Delete
  6. Nampak menyelerakan sungguh menu raya haji Kakmim. Terliur tengok nasi Arab dengan kuah pekat kari kambing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg tgk gambar dh muak pulak rasa.. kari kambing tu mmg x bubuh santan lemak kambin tu sendiri pn dh cukup berlemak.. hehehe

      Delete
  7. Ikut selera sendiri kakmim, janji sedap dan famili suka. Salam Aidiladha. Selangor ada jugak la korban, tapi tak meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini xde lgsg! Teringin tgk geng blogger buat sup daging korban.. fresh dan manis 😋😋

      Delete
  8. Alaaaa...tengok pic ketupat tu baru teringat hari tu plan kalau ada daun kelapa nk belajar buat macam tu..tapi lupa..ni tgk bari igt.daun kelapa dah tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt akak upload di blog akak ye... hehehe... chaiyokkkk

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form