Follow Us @soratemplates

26/07/2021

Terung Masak Kicap Pedas

Saya bukanlah peminat terung. Saya cuma makan terung masak sambal je. Tapi entah kenapa hari tu teringin nak makan sayur terung. Tapi takmo terung sambal. Teringat dulu masa kecik-kecik nenek selalu buat terung masak kicap. Tapi biasalah masa tu tengok je lah. Masa kecik dulu takde istilah sayur dalam menu harian saya. Rasanya bila dah sekolah rendah di tahap 2 baru reti makan sayur kot. Ini kali kedua dah buat terung masak kicap pedas ni. Mula-mula try hari tu buat sebiji je. Kikiki. Ye lah untuk makan malam kan? Kang tak abis, membazir pulak. Yang sikit itulah yang sedap. Encik Suami pun beria makan. Saya ingatkan dia tak makan sebab tu jugak buat sebiji je. Hahaha!

Kali ni saya buat 3 biji terung pulak. Takmo menyesal atau berebut ketika makan kan? Basuh terung, potong serong anggaran ketebalan sederhana, rendam dengan air garam, tos dan goreng. Lebihan minyak menggoreng terung tu nanti bolehlah digunakan untuk menumis sambalnya. Kalau terlalu banyak bolehlah buang atau simpan.

Ni bahan untuk sambalnya, bawang merah, bawang putih, cili padi atau cili tomyam (cili yang orang selalu tumbuk masuk dalam tomyam tu) dan ikan bilis. Saya malas nak tumbuk so guna chopper je.

Macam ni lah rupanya. Malangnya lupa ambik gambar masa menumis. Mula-mula goreng ikan bilis guna lebihan minyak menggoreng terung tadi. Kalau suka banyak, letaklah banyak. Bila dah garing, ketepikan. Tumis bahan-bahan sambal tadi pulak. Bila sambal dah masak dan naik minyak masukkan kicap manis, kicap masin dan sedikit air. Masukkan mushroom seasoning dan ikan bilis tadi. Last sekali baru masukkan terung yang kita dah goreng tadi!

Tada!! Presentation failed kan? Nampak hitam je tapi hitam itu menawan tau, sedap dimakan bersama nasi panas. Berpeluh-peluh makan kalau memang pedas melampau-lampau. Hihi!

Begitulah, masak simple je. Ayah dan Ibu je makan terung ni. #theIMANs macam biasa takde sayur pun takpe.

 

23 comments:

  1. bagiku tampilannya terlihat sedap dan menggiurkan
    aku suka terung so much kak ^^

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah lagi masak terung masak kicap. Boleh cuba resipi KakMim ni nanti. Tq share. Saya suka terung tapi makan terung ungu panjang tu je. Terung hijau, terung bulat memang tak makan. Sebab terung ungu panjang ni sedap manis. Paling mudah saya bakar je dan cicah sambal belacan. Pun sedap dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try fiza.. nk variasikan menu.. hehe.. kakmim pn dh lama x bakar terung.. ms dok dgn famili dlu je ada.. kt umh mak br best mkn ramai2 sambil ulam2

      Delete
    2. Baik kak. Nanti ada stok terung boleh buat. Dengan family memang syoklah layan terung bakar dengan ulam ulaman makan ramai ramai.

      Delete
  3. fav menu saya ni kak mim! Kalau dapat menu ni rasa bahagia sangat satu hari tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat terung rupanya ye.. x sangka.. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Sendiri masak sendiri kata sedap.. janji sedap mkn ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. Suka juga terung masak macam ni...

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak, dana suka masakan terung masak apa pun dana suka kecuali masak dalca ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm dalca kalau lembik br sedap.. kalau masih keras tu mmg out la ๐Ÿ˜‚

      Delete
  7. Ya Allah,nampak sedapnya.Walaupun hanya terung & bukan kambing tapi sangat menggamit selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kak curang sayur.. umh sy ni sayur sawi bunga tu mmg sayur rasmi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  8. biasa terung shida celup tepung jer..hehee sbb husben xmkn terung..adeeeh %_%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba masak kicap pedas.. husb akak mkn.. berselera pulak tu.. hehehe.. kalau yg dlm dalca akak sorg je mkn

      Delete
  9. terung sambal selalu nampak
    terung kicap firstime ni min akak tgk
    mungkin sb tak mkn terung kot he hee

    ReplyDelete
  10. Kegemaran saya ni, Kakmim. Memang bertambah nasi kalau masak terung kicap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kakmim je br tau sedap rupanya terung dimasak begini

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥