Sambal Pelbagai Guna Warong Uncle Boy

Siapakah Uncle Boy?
Oh, Uncle Boy ni jiran kami
Dulunya chef bisnes sana sini di Melaya sana
Sekarang ni usahawan Grab Food dan Food Panda

Pagi tadi dia promote sambal pelbagai guna kat grup lorong kami
Saya pun grablah 1
Boleh pulak dia kata dia bagi tester je
Tak perlu bayar
Alhamdulillah.. rezeki customer tetap kot?
Hihi!

Ini dia sebotol sambal Uncle Boy

Macam-macam boleh dibuat dengan sambal ni
Paling best goreng nasik la kan?
Goreng mee ke
Nak tumis bendi ke, terung ke
Buat ayam sambal ke
Telor sambal ke
Kuih Doraemon ke
Macam-macam menu berlegar-legar di fikiran saya dah


Maka terjadilah ayam sambal
Presentation mungkin tak menarik
Tapi rasanya sangat menarik!

Dah ada yang memudahkan, buat apa susah-susah ye tak?
Lepas je si Abang ambik sambal ni dari rumah Uncle Boynya
Saya terus mulakan projek di dapur
Basuh-basuh ayam
Then lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
Goreng sekejap
Dan tumis je sambal Uncle Boy
Pergh! Mantap!

Makan dengan nasik lemak pun man-tul ni
Dibaca: mantap-betul

Signature jiran saya ni asam pedas melaka
Sedap sangat terubat rindu nak makan asam pedas di Melaka sana
Selain tu nasi beriani, mee jawa, char kuey tiaw
Nasi lelapan sambal tomat
Memang padu!
Oh ya, gravy western pun sodap!

Berjiran dengan chef hebat pun rezeki jugak kan?
Rezeki dapat order makan sedap-sedap
Hihihi!

Kalau tengok rider Grabfood atau Food Panda lalu-lalang di lorong kami
Kemungkinan jiran-jiran order dari Grab atau Panda
Ataupun rider ni ambik dan tunggu order di rumah Uncle Boy
Meriah!

Orang Kuching!
Mun nak try air tangan Uncle Boy
Boleh search di Grab Food: Warung Uncle Boy - Samariang Aman
Mun sik nyaman, padah jak..
Mun nyaman, order agik nak oo?
Cheers!


 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Eh SA memang suka kalau sambal- sambal yang memeudahkan kerja macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak?? Kena work smart even di umh.. hehehe

      Delete
  2. Bestnya jiranku seorang chef haha...
    Memang berbaloi ada sambal serbaguna ni, kerja memasak jadi cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. semangat masak... kalau x, mmg mood ke grab saja.. hahaa

      Delete
  3. Ahhh.. kena belajar bahasa Sarawak ni.. baru mantul baca blog Kak Mim.. memang nampak sedap sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bah bah.. jom kita belajar kelakar serawak.. haahaaha

      Delete
  4. Tgk sambal tu perghh mmg menarik oii.. Tgk ayam masak sambal tu lg menarik jgk hahaa.. Buat org lapar je tau :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haippp.. tido tido.. pg esok ye buat ayam sambal utk lunch.. uyum mst suka.. hehehe

      Delete
  5. Wah... Memang untung berjiran dengan Chef. Tak dapat rasa, dapat bau pun dah nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... betollah sal... kalau pegi belakang rumah mmg ada bau-bau masakan dr umh chef.. hihihi

      Delete
  6. Rezeki jangan ditolak. Senang betul ada ready made sambal. Tu diaa macam macam menu berlegar dalam kepala. Untung berjiran dengan chef handalan. Dapat juga tempias masak sedap sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shida.. besok adalah dia open order nasik berianinya yg sedap itu.. hahaha

      Delete
    2. eh.. fiza.. shida kt bawah.. hahaha

      Delete
  7. pes sambal serbaguna..mmg menarik dan mmudahkan kerja memasak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah shida... membantu sgt bila keadaan terdesak

      Delete
  8. Betul.. Dah ada sambal, macam-macam masakan berasaskan sambal boleh buat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form