Pertama Kali Gali Kunyit Hidup

Petang semalam rajin pulak nak teman Encik Suami ke belakang rumah tengok-tengokkan kebun sekangkang kucing kami. Terasa ingin pulak nak gali kunyit, daunnya dah berapa kali ambik dah tapi induk kunyitnya tak pernah lagi ambik. So saya cubalah! Seronok! Jakun sungguh rasanya. Tak dan nak ambik gambar kunyit yang masih bertanah-tanah. Saya pun tak tau betul ke tidak cara saya tu. Hentam sajalah labu janji dapat kunyitnya.

Yang ni saya dah bersihkan dah.

Rendam dalam air bersih sebelum simpan dalam peti sejuk.

Tengok-tengok si pokok jambu renek ni dah berbuah rupanya! 
Tak sangka sungguh.

 

20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Dapat jugak rasa gali kunyit hidup ya. Tadi, kita pesan Pak Inche belikan kunyit hidup jer, ada tanah sekangkang cicit kera ni, tak reti nk tanam apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... kalau ayahanda x tanam x jadi jugak ni kak..

      Delete
  2. Hehe eh saya pun cerita pasal kunyit hidup.

    ReplyDelete
  3. Seronok menggali kunyit..SA pernah menggali pokok kunyit Pak Zain...tanah depaan rumah ni sekangkang SA je..boleh la setakat tanam kunyit...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. hasil berbudi pada tanah..

    ReplyDelete
  5. byk isinya tu
    akak tanam kunyit ambik daunnya je
    isinya blm try gali

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni ambik daun je tu yg teringin kak

      Delete
  6. Mim...awat saya tengok macam temulawak?
    Ka mata saya salah?
    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kunyit kak.. hahaha... sy dah buat masak semalam... rupanya mcm kecik je kan? sy pn mcm ye ke kunyit tp dah daunnya mmg betul daun kunyit dan sah baunya mmg kuat bau kunyit.. hahaha

      Delete
    2. Hihihi...Saya tengok gambar....Gambar hanya boleh buat andaian..
      Gambar gandum dengan barli pun rupa dia sama..kikiki
      Mim yang tanam,gali,cium,masak makan,sahlah itu adalah kunyit✅..hihihi..

      Delete
    3. sy x penah tgk temulawak hidup.. dlm gambar je.. hehe

      Delete
  7. ooo..rendam air dan masuk peti ais ya...saya tak rendam dalam air..lama lama kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. sy buat utk halia mmg menjadi... boleh tahan sebulan tp air kena tkr selalu

      Delete
  8. Alhamdulillah..seronok dapat makan hasil tanaman sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sal.. bangga pulak rasa.. hahaha

      Delete
  9. Banyak juga isinya tu kakmim. Berkat berbudi pada tanah. Ada hasilnya. Pasni tunggu buah jambu pulak.

    ReplyDelete
  10. wahhh bestnya dapat korek kunyit hidup dari kebun kecil. Ada buah jambu pulak tu fuhhhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form