Puff For Hi-Tea 6 Beranak

Risau bila pc rosak, nak print belum dapat. Malas nak install driver kat laptop. Malas nak on laptop. Kesudahannya main masak-masak je lah untuk lupakan kerja-kerja hakiki di ofis yang tertangguh.

Petang ni buat puff je. Guna pastry frozen jenama Kawan. 1 bungkus ada 10 sheet. Boleh la sekali makan. Selalu kalau buat memang akan buat habis sebungkus. 

Tuna puff 6 ketul.. seketul sorang jadilah

Balance ada 4 sheet lagi bubuh nutella kat dalam. Buat small size dapat lah 8 ketul.

Tadi scrol-scrol timeline FB saya terjumpa orang share status ni. Setuju sangat. Tak tau lah betul ke tidak Ustaz Ebit Lew yang cakap tapi saya memang setuju. Sekarang saya jarang update di status FB. Selalu di story FB atau pos di IG je. Sekarang tambah lagi content untuk blog pulak. Mungkin sifat mak-mak, saya suka tengok menu apa yang sahabat saya share di blog mereka atau di IG. Kadang-kadang memang buntu jugak nak masak apa tapi bila merayau-rayau di media sosial adalah idea tu datang hasil dari perkongsian sahabat-sahabat di blog, IG atau FB. 

Kadang-kadang saya sengaja taip di Google macam ni, "menu masakan ayam". Haa.. berderetlah nanti idea akan datang.

Siapa perangai macam ni, komen - Saya! -
Hahaha!!



 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tengok ni macam nak jemaah juga la...pastry ada 2 bungkus dok berfosil dalam freezer...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kak... puff sardin sedap jugak... sy nk buat tp anak² kureng suka pulak

      Delete
  2. Kalau lelaki pulak yang suka ambil gambar makanan, apa maknanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan content di medsos sbg tanda menghargai pasangannya.. betul x?

      Delete
  3. Hehe saya belum jadi emak lagi jadi tidak pernah buat lagi.

    ReplyDelete
  4. masa pkp 1.0 dlu pastri kawan tu laku btul..sbb ramai dok wat mcm2 jenis pastri..

    ReplyDelete
  5. Bila ada masalah malas nak fikir. Kita buat kerja lain nak lupakan prob kejap. Setuju sangat tu. Nak happykan diri sendiri dan buat content. Betul betul, bila ada yang share ada idea jugak untuk kita memasak.

    ReplyDelete
  6. Lama sungguh tak jumpa pastry jenama kawan tu. Dulu selalu beli. Entahlah, rasa bertahun jugalah tak nampak di mana-mana coldstotage.

    ReplyDelete
  7. tak pernah pulak tahu pastry jenama kawan tu. maybe sebab tak pernah buat, selama ni tahu makan je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama kawan ni yg aida guna.
      puff.
      mix vege.
      prata.

      Delete
  8. akak tanya anak2 aje - "esok nak makan apa?".
    biar diorang brainstorming and beri akak idea.
    senang skit.
    lama sgt dah pkp ni, Mim. hilang da idea.
    bab google tu, sama la kita. akak suka layan youtube masakan.
    happy tgk org masak. lepas tu terliur sendiri :) ha ha ha ah ha padan muka!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form