Follow Us @soratemplates

13/08/2021

Norma Baharu vs Rutin Harian


Bila saya scrol-scrol gambar di phone galery, saya terperasan banyak pulak gambar selfie saya berheadphone! 

Nampak sangat sudah mula serasi dengan norma baharu. 
Headphone memang asyik di telinga saja! 
Ya ampun!

Kalau ada bengkel ke kursus ke memang 'melekat' terus headphone dari pagi sampailah balik! Kalau ada kelas, dapatlah dimaafkan jugak sebab kalau online class memang takkan buat sampai direct 4, 6 jam! Eh, rindunya pulak nak kelas bersemuka. Takut pulak bila dah selesa bercakap sorang-sorang depan pc pabila situasi normal semula nanti, jadi kekok pulak nak berdepan budak-budak! Hahaha! 

Tak patut pulak macam tu.
Tak patut!

Norma baharu - memang banyak merubah kehidupan kita.
Facemask pun sudah menjadi 1 keperluan wajib, dah jadi macam kasut/selipar pulak. Kalau tak ada kasut/selipar memang kita susah nak bergerak ke sana ke sini. Begitulah dengan facemask. Ada pulak yang memperagakan facemask sedondon dengan warna baju. Pun ada kan? Macam-maca cara dan gaya yang ada untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ni.

Saya pernah terbaca yang Covid ni dijangka akan berakhir pada Mac 2025. Entah ya entah tidak. Selagi Covid ni ada selagi itulah kita masih menggunakan khidmat facemask ni kan?

Esok lusa Covid ni dah jadi macam demam biasa dah. 
Sekarang pun dah ramai yang tidak bergejala (kategori 1) tapi positive Covid. Covid memang sudah ada dalam komuniti kita dah.
Orang yang leka, ambik mudah hal-hal SOP, merekalah yang mungkin akan menjadi penyumbang statistik dijangkiti Covid. 

Tolong ya, jaga diri, jaga SOP. Pesanan inilah yang saya selalu pesan sebelum mengakhiri online class saya bersama #budakkaran. 
Tak sabar pulak rasanya nak memulakan semester baru, 
masih dengan norma baharu. 
Hanya budak yang kuat mental saja berjaya mengharungi kelas yang tak berjumpa secara fizikal ni. 

Apapun, kita follow the flow ok!
Apapun berlaku,
Hidup mesti diteruskan walaupun pandemik melanda.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dilancarkan perancangannya. 
Aamiinnn ya rabbal a'lamin..



 

32 comments:

  1. Cutenyaaa kakmim dengan headphone tu hehe

    Jangan awkward tau nanti bila dah boleh buka sekolah kikiki

    Jaga diri stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan musim pandemik ain..kita doakan semuanya cpt berlalu ye

      Delete
  2. Setuju. Memang hanya yang kuat mental saja berjaya harungi kelas online. Fairuz pun tak mahu belajar online. Katanya kalau belajar bersemuka barulah dia nak daftar kolej. Saya pun tak boleh paksa sebab dia pun bukan jenis fokus pdpr. Hanya mampu beri sokongan moral saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak budak sem 1 yg berhenti sbb x dot adapt online class kak.. kdg2 mslh gajet dan line jugak jd kekangan bila online class.. betul lah ikut je apa yg fairuz nak tu

      Delete
  3. semalam saya pun terfikir. ni kalau kena pergi opis ni mau berkilo-kilo malasnya sebab dah biasa sangat WFH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni kami dh ikut giliran sal.. excited tu ada tp itulah x ramai yg ada di ofis.. jd mls sbb keja x leh setel bila ada yg ada ada yg xde

      Delete
  4. Kalaulah benar tahun 2025 tak tahu nak cakap nak fikir apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah anak2 xmo percaya.. fake kn ibu? Fake kan?

      Delete
  5. Memang betul pelitup muka jadi fesyen.
    Tengok Sukan Olimpik, macam-macam jenis pelitup muka, warna.
    Ada yang kata Covid nanti akan jadi macam Mers-Cov yang memang bahaya. Harap dijauhkan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2021 ni lg teruk dpd 2020 kes covid negara kita

      Delete
  6. Memang dah kena embrace the difference sekarang ni kan, Kakmim..pakai face mask, online meetings etc. Tak kisahlah asalkan sihat sejahtera :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah kena juga hadap demi kelangsungan hidup ๐Ÿ˜Š

      Delete
  7. sy pun dah bosan mengajar dlm talian ni sbb sambutan kurang menggalakkan. tp sbb tuntutan tugas n amanah maka terus hadap je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la byk kekangan jugak abam kie.. esp line internet tu.. nk buat mcm mana kan?

      Delete
  8. Semoga covid bisa cepat berakhir, mengerikan jika memang benar harus menunggu sampai 2025 tuh, kak..

    ReplyDelete
  9. Jangan nanti gambar Mykad & lesen pun pakai mask๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sy x mungkin kak sbb sy akn guna gambar lama je ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  10. Mudah-mudahan Covid segera berlalu. Betul, sekarang ni headphone, mask, sanitizer memang dah jadi aksesori harian. Harap kita dapat tempuh dan lalui fasa pandemik ini sehinggalah ia berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sgt nk tgu ia berakhir farrah ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

      Delete
  11. Kena sesuaikan dengan norma baru sekarang ni . Selalu pakai face mask . Kerja pun WFH,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. ada yg best ada jugak x best kalau wfh kn?

      Delete
  12. Ala-ala pilot pun ada...

    Tak pun DJ Club... hehehehe

    ReplyDelete
  13. Saya dah syok WFH walaupon kadang2 ada masalahnya. Jangan lupe jalan ke opis plak dah ler…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa jalan ke ofis xpe jugak feezz.. jgn lupa diri mkn x berhenti je lah kt rumah tu.. hihihi

      Delete
  14. itulah kan..Dah biasa norma baharu nanti kekok pulak dengan kehidupan normal.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥