Follow Us @soratemplates

12/08/2021

Throwback Thursday: Bila Agaknya Kanak-Kanak Boleh Dine-In?

Status di SCAG pada 11 Ogos 2021.

Seram pulak bila dapat tau kanak-kanak merupakan antara penyumbang data kes positif di Sarawak semalam. Betul jugak kan secara logiknya kanak-kanak masih tidak digalakkan keluar ke tempat awam kecuali yang pergi tadika. Yang keluar rumah sekarang ialah kita yang dewasa ni lah, pergi kerja, pergi beli keperluan rumah, pergi vaksin. Kesian budak-budak kan? Jadi mangsa keadaan pulak. Nasib baiklah #theIMANs tak merengek nak keluar berjalan-jalan ke shopping mall. Mereka masih tau dan faham Covid masih ada sekarang ni.

Memandangkan dah lama tak bawak #theIMANs ni dine in, sempena hari Khamis yang sinonim dengan Throwback Thursday, kita throwback jugaklah gambar setahun yang lepas. Masa ni Covid agak terkawal di Sarawak, even seluruh Malaysia pun macam tu jugak. Rasanya masa ni dah nak masuk PKPP agaknya, bulan Ogos tahun lepas. Masa ni si adik 2 orang first day ke tadika setelah lama 'dicutikan' tapi yang sekolah rendah belum mula sekolah lagi. Al-maklumlah first day sekolah, Ibu dan Ayah pun ambik cuti rehat semata-mata nak hantar budak-budak PASTI ke sekolah.

Breakfast di tempat kegemaran seisi keluarga, Mee Kolok Hj Salleh di Sepinang Sari, Jalan Satok.




Lama pulak tak makan mee kolok special tendon +  mee lebih ni. Over pulak kan namanya?
Tapi pekerja situ dah tau dah, tengok je muka Encik Suami, terus tau special tendon, mee lebih. Haha!


Mee kolok special ni ertinya, daging lebih, tendon lebih. 
Ada orang siap bagitau awal takmo taugeh.
Tapi kami kalau takde taugeh tak best pulak rasanya.
Sebab taugeh sendiri tu pun dah ada aromanya tersendiri.

Tendon ni apa sebenarnya?

 

[tén.don] | تيندون

Definisi : (téndon) (Bio) serat tisu yg kenyal yg menyambungkan otot dgn tulang. 

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

 

Rasanya macam mana pulak ye?

 

Rasa kenyal-kenyal chewy tapi sangat lembut.

Sedap bagi saya.Tapi tak taulah bagi orang lain, sebab selera kita ni tak sama.


Dulu saya pernah bawak kawan dari Semenanjung menikmati mee kolok tendon ni, 
tak berapa masuk pulak akak tu. 
Mungkin sebab mee kolok Hj Salleh ni ala chinese style kot, dia kata dia Jowo tak berapa nak pandai. Hihihi.
Begitulah. 

Lepas ni nak 'pantun-pantun' sikitlah depan Encik Suami supaya dia pergi tapau mee kolok Hj Salleh pagi Sabtu ni. Hihihi!


 

19 comments:

  1. k ret suka makan mi kolok yg goreng... paling sedap masa makan kat food court Tun Jugah Mall tu.. ntah ada lagi ke idak tmpt tu eh? ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh sedap jugak tu kak ret.. lama dh x mkn.. sbb ada jugak org x sedap buat.. tunjugah tu masih lagi.. sy pn dh lama x ke sana... food court situ pn legend dlu.. semua stall sedap

      Delete
  2. sedapnyaa...kakmim...rindu nk dine in kan..
    itu lah kenyataan yg benar..
    bila berjangkit mmg ckp risau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg kami kt sini dh boleh dine in dh tp 2 org je lah semeja.. budak² x boleh lg.. sbb blom vaksin

      Delete
  3. jangan kan mbiak, orang besar pun rinduk ati mok makan kat luar..huhuhuu

    ReplyDelete
  4. Emm...rindu nak makan mee kolok,laksa Sarawak & umai.Tak tahulah bila dapat pegi Sarawak lagi.Rindu nak jumpa kawan-kawan kat sana.Tiber!!Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt dh xde covid dtg sini k.. kita gathering kt sini ramai2 ☺️☺️

      Delete
  5. Sedapnya Mee Kolok...
    Rindunya buah dabai..
    Kat sini selalu makan kat Dayang Sarawak mee kolok.Tapi yang pelik tu owner sama tapi lagi sedap kat foodcourt..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim dabai kt sini skrg kak.. tp harga kayanganlah.. haha

      Delete
  6. Nak mee kolok spesel tapi daging kurang, tendon lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja kak.. bgtau je diorg boleh customised 😂

      Delete
  7. Allahunya. banyaknya kes kanak2 :(

    Jaga diri #theIMANs

    Sedapnya mi kolok!. rasa mi kolok sarawak masih terasa dekat tekak ni. dulu pergi sarawak 2 minggu boleh kata hari2 makan mi kolok! sangat kena dengan tekak saya yang suka bersup ni!

    Tak tahu la bila kakmim. tiada jawapan tiada penghujung covid ni hm

    ReplyDelete
  8. Tq ain.. sama2 kita jaga diri k

    Lamanya dok sini.. ada famili ke kt sini?

    ReplyDelete
  9. kesian juga kat kanak-kanak kan. kalau varian dulu tak ada menjangkit kat diorang sangat tapi yang baru ni sapu habis

    ReplyDelete
  10. Hehe saya pun terkenang Ogos tahun lepas pergi kenduri. Rindu juga.

    ReplyDelete
  11. Menggoda selera sungguh mi kolok tu, Kakmim. Moga anak-anak kita sentiasa dilindungi. Memang seram juga apabila baca bilangan kes yang melibatkan mereka semakin tinggi.

    ReplyDelete
  12. Kesian juga budak2 , terkurung dalam rumah tak boleh bebas ke mana2

    ReplyDelete
  13. Risau juga bila mula menyerang kanak kanak. Selagi tak turun kes terpaksalah berkurung kat rumah je mereka.
    Tak pernah lagi makan mee kolok. Teringin. Tapi nak rasa yang original dari Sarawak dulu :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥