Permohonan Kemasukan Murid ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia

Memandangkan Iman si sulung meminati muzik, besarlah harapan Ibu teringin si anak masuk ke Sekolah Seni masa tingkatan 1 nanti. Tapi dalam masa yang sama, Ibu tak nak si kakak masuk asrama. Ah, macam mana tu? Ibu pulak dilemma. Begitulah bila si Ibu tak pernah masuk boarding school, bila tiba giliran si anak si Ibu pun berat hati nak melepaskan anak. Anak perempuan sorang je weii!! 😭😭😭



Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.


Pengambilan ke Sekolah Seni

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.


Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan April hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di https://essem.moe.gov.my


Murid-murid yang telah memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) yang merupakan sesi uji bakat untuk menilai bakat-bakat murid.


Syarat Kemasukan

• Warganegara Malaysia
• Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dimohon (Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual)
• Tiada kecacatan
• Lulus Sesi Serlahan Seni
• Mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)


Maklumat lanjut sila layari https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-seni-malaysia

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. kalau ada bakat dan minat dalam bidang seni memang bagus masuk sekolah seni ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess.. add on value utk merit lebih nk mohon IPTA nnt

      Delete
  2. Replies
    1. seluruh malaysia ada 5 buah je sekolah seni ni

      Delete
  3. ooohh bagus jugak ye, ada option lain untuk minat anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya akademik & seni seiring... syg jgk kalau berbakat x dikembangkan

      Delete
  4. Replies
    1. anak yg berbakat dan berminat kita cuba ketengahkan.. kalau berjiwa seni tp x berminat pn x menjadi jugak uncle

      Delete
  5. Baru tahu ada kemasukan tingkatan 1 aliran seni. Ada pilihan untuk anak anak yang minat seni. Nampaknya terpaksa merelakan kakak masuk asrama ni kakmim. Ibu sabar ye.

    ReplyDelete
  6. Mai hantar sekolah seni kat Johor 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkk... awalnya kak... memangis ibunya kang.. haha.. sekolah seni kt sini dekat je dgn umah... tp tu lah anak xmo asrama

      Delete
  7. ank dara bungsu mula2 ada jga permintaan dia minat nk msk bidang seni tarian
    tp. cik nur tak. kasi
    emm kat sek msk persatuan. seni jadi la setakat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau msk sekolah seni ni yg bidang tarian mmg selalu bertanding peringkat international... seronok tgk diorg bawak nama malaysia ke dunia

      Delete
  8. Saya baru tau Malaysia ada sekolah seni. Huhu. Masuk asrama tu agak seram di musim pandemik ni,kalau tak actually biasa aje. Sulit jugak sebab kalau terlepas masuk form 1,takde peluang dah nak mintak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pandemik ni mmg x masuk asrama... pdpr jugak... tugasan mcm biasa kena send pakai video.. itu lah diorg mmg kena mula dr form 1

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form