Tips Menjaga Periuk Non Stick Agar Tahan Lama

Tahun lepas masa PKP memang viral teruk periuk Shogun ni
Tak taulah tempat korang
Kalau kat sini memang berhantu
Pantang ada member nak ke Aeon
Pasti ada yang tumpang sekaki membeli
Siap ada PS Shogun lagi
Bukan nak ke mana pun, ke Aeon je
Shopping periuk Shogun
Macam-macamlah

Saya bila orang dah ramai membeli
Teringin jugak nak mencuba
Apa yang best sangat periuk Shogun ni
Sampai semua orang beli
Bila dah setahun memakai
Memang best giler!
Suka sangat!
Penat saya menahan nafsu daripada menambah koleksi
Akhirnya tewas jua

Saya berjaya membawa koleksi kedua Shogun ni last week
Beli yang agak kecil sedikit daripada yang pertama
Tujuan yang kedua ni boleh tumis-tumis sayur


Sebenarnya geram jugak nak beli yang untuk rendang tu
Agak besar dan 'dalam'
Tapi memandangkan set periuk lain kat rumah tu takkan nak jadi perhiasan je
Alhamdulillah.. saya berjaya menepis godaan syaitonirrajim tu


 Setiap kali ke Aeon pasti akan cuci mata di bahagian ada Shogun ni
Perempuan sangat kan?

Er, taukah korang bagaimana untuk menjaga periuk non stick supaya tahan lama? Bukan apa, saya pernah ternampak kawan saya post di status FBnya yang periuk Shogunnya banyak yang terpaksa dibuang sebab dah terscrash teruk! Sayangnya. Sebabnya anak daranya pegi gosok periuk tu dengan span kasar tu. Huhu! 

Dalam brochure ni juga ada dikongsikan bagaimana untuk menjaga periuk non stick Shogun ni.


Sebelum pertama kali penggunaan.

  • Basuh periuk dengan pencuci pinggan mangkuk, saya pengguna setia Glo. Tuang sedikit Glo, kemudian guna span lembut untuk membasuh periuk.
  • Jangan gosok periuk dengan bahagian span yang kasar tu, yang warna hijau selalunya
  • Kemudian, bilas dengan air bersih
  • Lap dengan kain kering yang lembut
  • Titikkan beberapa titisan minyak dan sapu dengan tisu dapur di permukaan dalam periuk
  • Letak atas api dapur sekejap, jangan terlalu panas
  • Biarkan semalaman
  • Sedia untuk digunakan keesokkan harinya

Semasa memasak

  • Jangan panaskan periuk non stick sehingga berasap-asap
  • Cukup lap dengan kain kering (kalau basah) dan boleh terus masukkan minyak
  • Sedia untuk urusan menumis bawang-bawangan!
  • Jangan guna api terlalu besar secara mengejut
  • Mulakan dari api yang kecil ke sederhana

Selepas memasak

  • Setelah selesai memasak, biarkan periuk 'cool down' sendiri barulah dibasuh
  • Jangan terus alirkan air ke periuk dengan periuk yang masih panas. Ini untuk menjaga lapisan non stick tu daripada menipis

Kenapa guna periuk Shogun ni best?

Urusan memasak menjadi lebih singkat terutamanya bila memasak daging. Tutup saja periuk dengan penutupnya, insya Allah daging cepat empuk. Ayam pun macam tu jugak. Itulah sebabnya saya menambah lagi koleksi periuk Shogun ni. Berbaloi-baloi untuk kegunaan seharian. Kalau siap masak, tutup je dengan penutupnya, tak perlu pindahkan ke bekas lain pun takpe sebab sedap manis je mata memandang di dapur korang. Hihihi.

Mungkin juga ada yang tak gemar guna periuk macam ni sebab prefer kuali legend tu. Saya pun suka kuali legend tu especially kalau nak goreng telor dadar. Saya tak suka telor dadar yang kering sebab tu memang takkan guna frying pan Tefal untuk goreng telor. Kiranya saya sejenis yang akan masak kari guna periuk A, goreng ikan guna kuali B, goreng nasik guna kuali C. Memang periuk dan kuali kat rumah ni ada fungsi masing-masing. Haha! Kenapalah hidup aku ni complicated sangat? Adoi la 🤦‍♀️

 

21 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Terikma kasih sharing kak Mim. Memang best guna periuk shogun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt tips dpd promoter tu jugak.. share kat sini spy sendiri x lupa

      Delete
  2. Kuali legend tu kalau goreng nasi saya suka. Ada hangit sikit baru best. Shogun ni mak saya suka. Saya tak berani guna unless dia suruh, takut rosak. Thanks for the tip. Boleh bagitau dia nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna shogun x boleh lasak2 sbb ada manja2 sikit ni.. hehehe

      Delete
  3. Mujur tak terjebak lagi dengan Shogun. Setakat ni paling mahal ada tefal je. Tapi itulah lama lama akan ada juga kesan calar walaupun tak guna sudip besi dan tak basuh guna berus dawai tu. Guna span lembut je. Tapi tetap calar gak. Lepas tu terus bertukar guna honeycomb wok stainless steel tu. Senang non stick dan tahan lasak. Guna sudip besi atau berus pun takde hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba shogun 1.. lg best dpd tefal.. hehehe

      Delete
  4. Lupa nak cakap, terima kasih untuk tips ni kakmim 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama² fiza.. share berdasarkan experience je selain dpd apa yg dishare promoter

      Delete
  5. Alaaaaaa....kenapa tayang periuk Shogun ni plak...terus teringin....by the way thanks untuk tipsnya...

    ReplyDelete
  6. akak suka masak dgn shogun ni jga
    lebih cepat terutama rendang

    ReplyDelete
  7. Mantap perkongsiannya.. Periuk jenis ni memang mudahkan memasak.. kalau masak telur goreng senang je..

    ReplyDelete
  8. ok pas ni nak ke aeon nak beli sebijik..

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang bagus.Anak2 tolongggggg la baca🤭

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian yg berguna untuk mak2 dan anak2 yg rajin masuk ke dapur tu .

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tipsnya kak, ah saya jadi teringat periuk marble yang rusak karena tertinggal sewaktu merenovasi rumah. Jadilah dipakai para tukang yang betulkan rumah tuh, setelah rumah selesai periuk saya pun wassalam, rusak dan tak bisa dipakai lagi.. alamak

    ReplyDelete
  12. br belikan utk mama pan shogun..sblum ni belikan tefal...sbb kt umh mama mmg tkde yg nonstick punya..org tua2 suka kuali legend kan

    ReplyDelete
  13. adushh!! byknya rules dia kak mim ^_^ ade niat juga nk memiliki..tp x terbeli lagi huhuu

    ReplyDelete
  14. Thanks for the tips, Kakmmim. Shogun ni memang dambaan ramai nih heheeh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form