Harga Promo ke Kampung Budaya Sarawak Sehingga Jun 2022

Selalunya bila kita beria je plan itu, plan ini, mesti ada je halangan lepas tu tak jadi.
Memang betullah kan, kita hanya merancang, DIA juga yang menentukan.
Sabtu lepas dengan tak semena-mena kami terjah saja ke Kampung Budaya Sarawak (SCV).
Alasannya nak bawa cousin (anak usu) pergi jalan-jalan.
Al-maklumlah usu stay di Tawau, kiranya bawak pelanconglah ni.
Konon-kononlah.
Padahal saya sendiri pun dah lama tak masuk Kampung Budaya ni.
Last pergi dulu tahun 2008 kot, masa tu bawak team audit dari Semenanjung.
Masa tu muda lagi, single pulak tu so orang takde komitmen ni lah yang selalu jadi mangsa.
Mangsa entertain staf-staf yang datang dari Semenanjung.
Malam-malam kena bawak pergi makan.
Cari souvenir, memang wajiblah.
Nasib baik sekarang dah takde 'budaya' macam tu.

Teringat pulak ketika saya ditugaskan untuk bawak seorang Pengarah perempuan untuk makan malam.
Siap dia tanya lagi, memang korang akan layan staf dari Semenanjung macam ni ke?
Masa tu saya poyo pembaris, mengiyakan aje
Nasiblah kan?
Tapi dah tetamu mestilah kita layan, masa tu takpe lagi sebab takde komitmen.
Okay lagi lah nak ke sana ke sini.
Hihihi.
Eh, terflash back pulak.

Trip yang tak dirancang ni sebenarnya tercetus bila promo SCV ni lalu di timeline FB saya.



Kebetulan nenek pun dah beransur sihat, so bolehlah nak release stress sekejap.
Bawak cousin 2 orang ni jalan-jalan.
Diorang berdua pun dah stress mengadap online class di rumah.
Dah la lama tak balik Kuching, bila dapat balik pulak terkurung di rumah saja.


So kami pun pergi berlapan.
Total semua entrance fee kami hari tu RM140.


Ni gambar daripada pihak SCV.
Macam tempat-tempat lain jugak, kita masuk je terus diorang ambik gambar.
Nanti bila nak balik tu adalah pakej gambar yang diorang offer kat kita.
Nak beli ke taknak terpulanglah.
Saya ambik je lah nak bagi cousin 2 orang ni bawak balik Tawau.


Inilah konon-konon 'pelancong' yang nak dibawak ke Kampung Budaya.
Paling kiri Azzalea, anak buah, kakak Iman dan cousin 2 orang.
Kiranya pangkat mak sedara Iman dan Azzalea ni.


Nak jugak pose selfie berjemaah.



Kami sampai di SCV dalam pukul 11 pagi macam tu.
Setengah jam je dari rumah saya SCV ni.
Plan nak gerak 10 pagi tapi sorang tunggu sorang, 10 setengah jugak baru nak bergerak.
Ingatkan nak kejar cultural show pukul 11.30 pagi.
Tapi rupanya dah penuh jugak.
Kami masuk show yang jam 12.30 tengah hari.


Masa sampai tak sempat nak bergambar di entrance, bila nak balik semua dah keletihan.
Semua dah takde mood nak bergambar.
Yang 2 ketul ni je masih larat.



Semua rumah kaum di Sarawak kami masuk.
Kecuali rumah Melayu dan rumah Cina je.
Rumah Melayu kena bukak kasut, malas.
Rumah Cina pulak, mesti biasa je kan?
Lagipun semua dah penat dan lapor.
Rumah Melayu dan Cina pulak di hujung sekali.
Memang limpas saja.



Aktiviti di rumah Orang Ulu.
Takde lain yang kami cari.
Rantai untuk facemask je.
Hahaha!
Habis pulak kat tempat kakak ni.
Nasib baik kat auntie di dalam masih banyak.
Mungkin dia di dalam so tak ramai yang membeli darinya.




Kalau tengok atap rumah macam ni, ni rumah Bidayuh.
Memang trademark rumah mereka atap macam tu.



Jambatan buluh ni memang wajib lalulah kalau ke SCV.
Hehehe.


Rumah Orang Ulu.



Ni dalam rumah Bidayuh.


Auntie ni jual tapai pulut.
3 seringgit.
Dia buat kat dalam rumah Bidayuh tu.


Ni pulak rumah Iban.
Ruai yang luas memang trademark mereka.



Rumah ni lah yang kami tak masuk.
Dengar je orang bermukun kat dalam.
Tapi takpe dah biasa jugak tengok orang bermukun.

Bermukun: juga dikenali sebagai bertandak ialah adat Melayu Sarawak yang selalu dilakukan sebelum majlis persandingan. Ada sekumpulan orang bermain gendang dan biola, sesi berbalas pantun dan juga bertandak (berjoget). 

Kami bergerak balik pada jam 3.00 petang bila semua dah kelaparan.
Nak cari makan kat area situ orang ramai pulak.
Malas nak bersesak-sesak.
So kami decide balik dan cari makan di area Petra Jaya.





18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. rasanya wak jejak kampung budaya ni tahun 2003 ., huhuhu
    tapi best masa tu ada live performance atas pentas taraf dunia., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sangat dh tu wak.. hehehe... wak dpt tgk rainforest world music festival ke?

      Delete
  2. saya pon sekali jer smpi SCV ni. masa tu kalau tak silap mahal jugak harga tiket nye. harga promosi ni murah sgt...

    ReplyDelete
  3. Nang murah!!Semadi jak kamek tok sik diam di Sarawak. Mun dekat Kak Mim, kinek tok juak kamek pergi. Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun ada balit kpg boleh lah pegi syu.. sampei thn dpn ya bah.. hehehe

      Delete
  4. Bestnya SCV ni!
    Ada rezeki ke Sarawak nanti, nak ke sini, Insha Allah

    ReplyDelete
  5. Lansung tak pernah jejak Sarawak. Sampai sini apatah lagi. Menarik tempatnya ni. Sesekali jadi tourist guide kan kakmim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan nnt fiza... manatau anniversary ke.. boleh honeymoon sekali lg

      Delete
  6. Eh eh...murahnyaaaa....masa SA pi dulu mahal nak masuk...nasib ada pas pelajar sebab adik bongsu student UNIMAS kan...lepas tu pinjam kad student kawan dia dalam 5 kad...hahahaha...SA suka masuk sini...pemandangan cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nk berhujung minggu kt sini kak SA? hehehe.. tp skrg AA sukati je nk kensel flight la.. susah

      Delete
  7. Murah harga tiket. Bilalah dapat pergi Kucing entah?

    ReplyDelete
  8. Wah...murah nih...MAk saya pun dah dok hint nak pi Sarawak..Saya baru 4 kali berkesempatan ke Sarawak..Kali terakhir rasanya 2014..hihihi
    Nak pi lagi la...moga ada rezeki.Rindu buah dabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dh bkn musim dabai kak... nnt plan la jalan² lg sini.. kita reunion sekali nnt.. hehehe

      Delete
  9. murahnya. saya dari dulu teringin nak pergi tapi tak sampai lagi ke Kuching

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom lah sal.. ajak geng blogger lain buat gathering kat sini

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form