Manfaat Berbasikal Dan Sesi Kayuhan November Pun Bermula

Setelah 'bercuti' di minggu terakhir Oktober, memang gian rasa nak mengayuh. Basikal baharu pun tak rasmi lagi terus nenek pulak tak sihat, semua aktiviti ditangguhkan. Encik Suami tetap je mengayuh, saya terpaksa korbankan masa untuk setelkan urusan rumah tangga sebelum nak ke rumah nenek.


Hari Sabtu lepas, Encik Suami kayuh dengan geng-geng ofis, saya tak join sebab diorang semua geng road-bike, saya cuma folding bike. Haha! Memang ada wife member Encik Suami ajak tapi saya sedar kemampuan saya setakat kayuh dalam taman perumahan je. Hihihi.


So hari Ahad Encik Suami dah janji nak teman saya kayuh. Tup tup bangun pagi minggu, hujanlah pulak. So kensellah plan bersama jiran-jiran. Jiran depan rumah pun dah beli folding bike jugak dah, sorang satu laki bini, tu plan nak kayuh ramai-ramai. Bila hujan, semua tak jadi.


Semalam memang mendung je sepanjang hari. Encik Suami ajak kayuh lepas asar, walaupun hari macam nak hujan tetap kami berkayuh sebelum hujan turun. Haha! 


Route biasa ke area warehouse di kawasan perumahan kami


Tapi Puan Isteri tu agak 'pancit' jugaklah semalam. Bimbang hujan turun pun satu hal. Hujan memang dah rintis-rintis pun masa kami gerak dari rumah.


Encik Suami cakap menyesal dia taknak berbasikal awal-awal dulu. Masa dia masih kerja di Putrajaya memang geng-geng di sana ajak dia berkayuh tapi dia selalu cari alasan. Sekarang bila dah aktif berkayuh, dia dah takde sakit belakang, berat badan juga dah slowly turun. Good for him. Sebab tu saya pun nak join dia jugak manalah tau dengan aktif, boleh slim sikit, ye tak? Tak banyak, sikit pun jadilah. Hihihi.


Tapi, banyak lagi sebenarnya manfaat berbasikal rupanya. 


 

Manfaat Berbasikal


1) Mengurangkan risiko penyakit

Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.


2) Merawat artritis

Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.


3) Memperbaiki mood

Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.


4) Menurunkan kadar kolesterol

Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.


5) Menguatkan tulang

Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobiliti terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.


6) Merehatkan minda

Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.


Post a Comment

24 Comments

  1. semoga sihat selalu dan lebih aktif lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah sal.. kakmim sedang usaha jugak ni.. hahaha

      Delete
  2. Cantik la pulak beg encik suami tu... beg untuk basikal ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde lah uncle.. boleh jugak g jalan².. belakangnya ada reflector

      Delete
  3. berbasikal ni nak mulakan tu mmg berat, tapi kalau dah mula mengayuh mula seronok. saya pon dah seminggu tak mengayuh.. mcm2 masalah dan alasan.. ptg ni klu tak hujan akan pergi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best kayuh awal pagi... udara segar dan masih sunyi lagi

      Delete
    2. hahaha... saya suka kayuh malam, tak panas

      Delete
    3. kayuh mlm penah try tp pusing lorong dpn rumah je.. best penat² kayuh trs tdo x sedar diri.. hihi

      Delete
  4. selamat berkayuh ya kakmim, hati-hati di jalan raya

    ReplyDelete
  5. hahaha kak kite sama la, folding bike je..takpe suka je janji comei

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... geng folding ni geng kayuh leha² je.. kan?

      Delete
  6. dana ni nak beli basikal asik la tak terbeli lagi... tingin la kayuh dekat kawasan rumah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila beli dana... bolehlah 3 beranak berkayuh pasni... hehehehe

      Delete
  7. Sejak dah bermotor ni, memang jarang berbasikal. Basikal pun dah lama tersadai dekat garaj. Hu3.
    Semoga terus kekal sihat Kak Mim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berlarilah macam tu pulak syu.. hahaha

      Delete
  8. teringin gak nak ada folding bike. boleh jugak mengayuh santai santai beriadah keluar peluh. Betul kak, bila dah berbasikal ni secara tak lansung kesihatan tu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagi fiza... boleh dating² naik basikal... hihihi

      Delete
  9. Bestnyaaa...SA belum ada masa lagi nak cycling..20hb nak hiking pun x buat apa lagi

    ReplyDelete
  10. berbasikal merupakan senaman yang bagus.

    bagus untuk kesihatan fizikal dan mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju² boleh release stress sesambil menghirup udara segar

      Delete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥