Review Novel 100 Hari Mengenal Cinta


100 Hari Mengenal Cinta - Saya suka sebab bila baca novel ni membuatkan saya pun terasa feeling-feeling jiwang. Bila sampai di klimaks cerita saya stop sekejap sebab geram dengan perangai Syida yang juga adik tiri Airina ni. Saya jadi takut endingnya bukan macam yang diharapkan.

Airina dan Hazizul berkahwin atas dasar menyelamatkan maruah keluarga. Airina yang pada mulanya bertunang dengan Haris tetapi last minute berkahwin dengan Hazizul. Haris sebenarnya mempergunakan Airina dengan bertunang dengannya untuk memikat si adik tiri Airina, Syida. Bila telah terkantoi, Hazizul yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan bakal kakak-kakak-ipar-tak-jadi mencadangkan agar perkahwinan yang telah dirancang bersama Haris diteruskan tetapi pengantin lelakinya ialah Hazizul. Maka bermulalah kisah 100 hari Airina mengenal dan mencari cinta seorang Hazizul.

Seronok pulak baca cinta orang selepas kahwin. Daripada ber-aku-engkau bertukar menjadi sayang-abang. Banyak pulak momen yang manis bersemut yang membuatkan saya tersengeh seorang. Tak lupa jugak momen yang membuatkan saya geram. 

Kesimpulannya. Enjoy sangat baca. Jangan risau happy ending so puas hatilah. Sesuai sangat untuk bacaan santai sambil melupakan seketika rutin-rutin keja hakiki di ofis. Hehehe. 

 

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. jadi gian pulak baca ceta manis bergula mcm ni.. haha

      Delete
  2. Ohooo kisah cinta lepas kahwin... mesti sweet...

    ReplyDelete
  3. lama tak jenguk kakmin...awww bersemut baca buku mcm ni..hikhik..mesti tersnegih sengih baca

    ReplyDelete
  4. Mesti tersenyum senyum baca buku ni kan kak mim :) Layan perasaan kejap.

    ReplyDelete
  5. Macam menarik jer...kena carik ni...

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥