Pengalaman Bertugas Untuk Pilihanraya Negeri Ke-12

Assalamualaikum kitak, kitak dan kitak
Apa khabar tek?
Lamaaaaaa dah tak update blog
Agak busy jugak la
Busy mental dan fizikal
Sekarang dah boleh bernafas sikit, dah boleh nak layan k-drama 
Tapi novel belum boleh sentuh lagi... hehehe

Alhamdulillah PRN Sarawak dah selesai Sabtu yang lepas
Dan untuk pertama kalinya saya bertugas sebagai petugas pilihanraya
Sebelum ni masa anak masih kecil takde perasaan nak terlibat dengan semua ni
Sekarang bila semua dah boleh bawak diri barulah ada hati nak terlibat

Dan pertama kali bertugas terus diberi tanggungjawab sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM)
Mulanya tahun lepas saya mohon untuk jadi kerani pengundian/mengira undi je
Tapi tahun ni ditawarkan jadi KTM pulak
Huhuhu.. kita cuba je lah



Memang mencabar jadi KTM ni
Seronok ada, penat ada, nervous memang berbulan-bulanlah
Selagi belum tiba hari mengundi selagi tu lah risau memanjang


Ingatkan lepas habis kira undi drop peti undi je
Rupanya tak
Hahaha
Memang keja lebih 12 jam pada hari mengundi tu


Semuanya jadi kenangan untuk penutup tahun 2021
Kalau sebelum ni tau teori je perjalanan pilihanraya
Sekarang dah tau macam mana praktikal dan pelaksanaaannya

Next PRU pulak
Ehem..
Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?

Next PRU bertambahlah saluran bila Undi18 sudah dilaksanakan
Jangan lupa tunaikan hak anda sebagai warganegara tau
Pangkah hari ini untuk masa depan generasi akan datang


 

Post a Comment

11 Comments

  1. berdebarkan..pengalaman 5 tahun sekali..

    pernah bertugas sebagai polling agent & terus jd counting agent..mmg berdebar..

    ReplyDelete
  2. wahhhh... bukan kaleng-kaleng pengalamannya ni kak

    ReplyDelete
  3. Wow, pengalaman yg menarik & berharga tu Kakmim.
    PH dulu pernah jadi tukang kira undi, utk pilihanraya kampus, pun rasa besar sangat dh sumbangan haha...

    ReplyDelete
  4. Wah pengalaman yang bukan kaleng-kaleng

    ReplyDelete
  5. Terbayang kepenatan kerja lebih masa dari biasa tu. Tapi best jugak dalam pengalaman daripada tahu teori je sebelum ni.

    ReplyDelete
  6. pengalaman yang sangat bermakna kan...bukan senang nak dapat pengalaman macam ni....

    ReplyDelete
  7. Pengalaman berharga tu..
    Bukan semua orang ada pengalaman tu..Alhamdulillah dan tahniah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥