Hukum Mewarna Rambut

Seumur hidup saya memang tak pernah mewarna rambut atau orang salu kata dye rambut
Dulu masa study, selalu je kawan-kawan dye rambut di dorm tapi tak jugak teringin
Tapi sekarang atas faktor-faktor usia, uban pun dah ada menyelit  sana sini, 
teringin jugaklah nak dye rambut. Biar rasa muda remaja sikit. Hihi.

Walaupun dye ni dah beli lama, 
tapi masa kuarantin bulan Januari 2022 hari tu jugaklah baru menyempat.


So saya beli warna coklat karamel ni
Hihihi

Kena habiskan sebotol ni


Lepas cuci baru letak conditioner ni

Ada orang kata haram mengubah kejadian Tuhan
Sebab tu memang dari dulu lagi suka baca bab hukum mewarna rambut ni
Nak guna inai susah pulak carik dauin inai sekarang
So saya google pasal ni tapi bukanlah soalan dari saya ya
Saya park kat sini jawapan dari Fatwa Negeri Sembilan ni

Semoga membantu!


Soalan:

Saya mempunyai masalah uban yang agak teruk sejak dari umur belasan tahun. Saya sering diejek ahli keluarga dan merasa malu jika mengambil air wuduk ketika berada di surau atau masjid sehingga saya mengelak daripada rambut saya dilihat orang lain. bolehkah saya mewarnakan rambut menggunakan pewarna rambut (dye) selain daripada inai?


Jawapan:

Hukum mewarna rambut:

Fatwa Negeri Sembilan

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan seperti di bawah.

  1. Sunat 

Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam

  1. Harus

(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad

(b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

  1. Makruh

(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh

(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

  1. Haram

(a)  Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b)

(b)  Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.          

Walaupun mewarnakan rambut dibenarkan, namun, perlu diingatkan pewarna rambut selain inai mestilah disahkan status halalnya terlebih dahulu. Terdapat sesetengah pewarna rambut mengandungi bahan terlarang dan diharamkan oleh Islam. Adakalanya pewarna rambut berkenaan akan mengakibatkan air wuduk tidak sampai kepada rambut sedangkan ia syarat sah dalam wuduk.

Jika dua keadaan ini berlaku, maka hukum mewarnakan rambut dengan pewarna itu adalah haram. Justeru, penggunaan pewarna rambut daripada inai adalah yang terbaik memandangkan ia tidak mengandungi bahan meragukan.

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Pewarna rambut garnier ni ada halal jakim, tak was-was nak guna. Akak pun tak pernah mewarna rambut, eh, tiba teringinlah pulak bila baca post Mim ni, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagi kak... jom la.. best jugak tgk rambut kaler lain... walaupun di rumah je.. hihhihi

      Delete
  2. uban dah timbul semula...kena warna semula la ni

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah warna rambut. Sebab saya lelaki.. hehe. dah beruban nanti tak tahulah macam mana. Rasa macam nak biar je rambut kelabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki mmg jarang warnakan rambut... it's okay... hehehe

      Delete
  4. Inai rambut much better sebenarnya kalau uban. Boleh cari dekat shopee kita skrg ada dah inai rambut punya bahan tu. Saya tak beruban lagi, tapi saya suka inaikan rambut sebab beri khasiat untuk lembutkan rambut <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, x pernah cari di shopee... tq info nadia... hehehe.. kalau mudah nk pakai boleh try nnt

      Delete
  5. hurm..saya pun dah beruban padahal belum 40 pun. huhu. tapi jenis tak kisah kena bahan dengan keluarga so abaikan. haha

    ReplyDelete
  6. Cantik warna coklat karamel tu kak mim. Sekarang dah banyak produk pewarna rambut yang halal. Yang berasaskan inai tu lagi bagus. Nak cari pokok inai pun susah sekarang.

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanya. Saya tersalah inai rambut. Saya ingatkan warna ni adalah warna gelap seakan hitam. Tapi bila saya dye rambut saya, tiba tiba menjadi coklat yang terang. Jika saya nak tukar balik ke colour asal, boleh ke? Adakah haram jika saya dye warna hitam?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form