Makan Ikan Bakar di SM Qlazsixco

Sabtu dan Ahad hari tu saya kerja 8-5
Balik kerja hari Ahad terus pulak ke Mydin top up stok barang dapur
Macam biasalah bila dah kat luar Encik Suami ajak makan dulu baru balik
Maka 2 hari tu lah dapur tak berasap
Destinasi kami dekat-dekat area rumah mak je
Memang tiap-tiap hari lalu kat situ tapi tak pernah pulak makan kat situ
Biasalah bila dekat memang sombong, takmo try

Masa menunggu agak lama jugaklah
Yang lelaki dah bising, sebab dah lapar
Bila makanan sampai semua senyap, khusyuk makan

Tak perasan pulak Ibu sorang je yang masih berface mask


Encik Suami nak makan ikan siakap bakar
Saya on aje sebab kat sini macam trademark dia jugaklah ikan bakar air asam
Nak rasa jugaklah air asam orang Serawak ni
Memang rasa Serawak lah.. hahaha
Tak sama air asam ori di Semenanjung


Kakak Iman nak makan tomyam
Kebetulan saya pun nak makan tomyam
Penat-penat pekena tomyam panas memang asikkkk
Portion ayam dalam tomyam ni pun banyak


Ni favourite si abang, butter chicken
Portion ayamnya banyak, abang share dengan Alan


Harga boleh tahan
Biasalah menu seafood
Owner pun orang kita
Kita support BMF
Eh, nak ke sini kena sedia cash ye
Hahaha
Sebab diorang tak terima cashless payment
Itu jer la kekurangannya


Tinggal ni je.. licin


Muka puas hati, semua happy perut dan kenyang
Dan makanan pun sedap
Nanti nak repeat lagilah
Menu lain pun ada termasuk western talam

Next target!
Nak booking untuk event bolehlah contact nombor kat dalam gambar tu ye
Gambar ni dari FB diorang



Lokasi:


 

Post a Comment

11 Comments

  1. Berbaloi menunggu hidangan menyelerakan, ikan bakar nampak sesap, air asam orang sana macammana tu? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pedas mcm kt sana... hehehehe

      Delete
    2. Oh... tak pedas ya. Saya baru hendak tanya soalan yang sama :)

      Delete
  2. Seronoknya kalau tak payah asapkan dapur hihi...
    Makanan pun semuanya nampak sedap... kalau ke Sarawak bolehlah rasa air asam Sarawak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x leh lawan air asam ori PH... kedai ni punya mcm rasa bawang kuat sgt... air asam serawak x pedas... hihi

      Delete
  3. sedapnya..ikan siakap bakar style macam tu...

    perghh...tergeliat lidah nak sebut nama kedai...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya ingt ikan bakar betul²... hahaha... sib baik sedap

      Delete
  4. nak nyebutnya payah bebeno nama kedainya tu kak. Boleh tahan harga siakap itu ye kak, tomyam pun boleh tahan mahal jugak. Ikan siakap tu tak licin lagi kak, aritu ke kedai beli siakap 3 rasa Edy ratah last tu tingga tulang je kak oi hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... itulah ckp harga boleh tahan... kedai ekon kot... haha... ok lah dana kira licin lah jugak ikan tu... dpd x abis

      Delete
  5. Dalam banyak-banyak hidangan, terliur pula tengok nasi butter chicken tu :D

    ReplyDelete
  6. bergulung lidah nak menyebut nama restorannya. nampak sedap lah ikan bakar. terliur

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥