Aku Pilih Bahagia di Slot Widuri TV1


Aku Pilih Bahagia
Baca mengenai review drama bersiri ni di blog Fiza
Rupa-rupanya saya pernah baca novel ni pada Oktober 2021 yang lepas
Upload di IG je tapi takde buat review di blog
Tapi saya ingat jalan ceritanya
Memang nak habiskan cepat bila baca novel ni sebab geram sangat
Geram dengan watak-watak dalam novel tu

Dan ada juga scene dalam novel tu yang saya pernah baca di page KRT
Tapi sinopsis dari penulis pun memang ada bagitau dia hasilkan novel ni daripada kisah-kisah di page confession seperti KRT tu

Siapa pernah baca pasal confession (di page KRT) seorang ex-wife yang sanggup update status Whatsapp semata-mata nak ex-husband dia SEEN status dia
Yang tak mandi, tak makan berhari-hari selepas bercerai dengan suaminya sehingga dijumpai parentsnya
Yang tak sabar nak hadir perhimpunan bulanan syarikat sebab nak tengok ex-husband dia
Semuanya ada di novel Aku Piih Bahagia ni

Scene heroin move on lepas bercerai dengan bawak diri ke Korea
Teringat pulak kisah Farah Lee (ex Ally Iskandar) dan anaknya Maryam
Siap buat online business lagi tu di IG (Farah Lee pun ada bisnes baju di IG)
Hihihi.. sejibik

Lagi watak yang saya geram dalam novel ni
Watak pensyarah yang gaji besar gila 
Tapi gaji dia semua husband dia habiskan untuk keluarga sebelah suami
Mertua dia buat shopping, buat personal loan, makan tempat mewah tapi perabis duit menantu
Haish.. geram!
Lepas tu pukul anak dan isteri pulak tu
Seorang pensyarah pergi ke kampus dengan muka lebam-lebam
Adoi la.. tak boleh brain
Pensyarah kot... takkan tak boleh nak pertahankan maruah sendiri
Memang pun seorang isteri patut taatkan suami, tapi bila suami perangai biawak hidup macam tu?
 Eh memang tak lah..
Err.. ter emo pulak saya bila ingat balik


Tapi macam biasalah saya memang takde peluang nak menonton versi drama di TV
Tengoklah nanti kalau ada masa layan Youtube je

Tapi ending memang puas hatilah
Happy ending gitu
-Senyum-

 

Post a Comment

7 Comments

  1. SA ada beli novel ni...tapi blom baca..elok lagi berplastik..ntha bila la ada masa nak baca..skrg ni sibuk kerja sampai lama x tengok tv dan tak update pun ada citer apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? bila bz di ofis bila balik mmg xdan nk tgk tv atau layan hobi... baik lepak² rehatkan badan dan minda... sbb bila membaca ni otak kita bekerja jugak sbnrnya... hahaha

      Delete
  2. Kak mim betul betul lepas geram ya baca novel ini. Cakap pasal isteri dan suami tu macam perkara paling takut. Sebab tulah kan kita ini perempuan kena memilih apabila ingin berkahwin. Kucar kacir hidup kita bila dapat suami baran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah nadia... perkahwinan ni ibarat percaturan... tersalah langkah habislah... sbb tu sblm kawen kena pasang strategi... jgn nk mengharapkan suami je... in case jadi apa² susah kalau kita asik bergantung dgn suami

      Delete
  3. saya pun suka baca buku cerita tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni dah kurang sangat saya membaca novel, mungkin saya sangat sibuk dengan bisnes. hi salam perkenalan saya dah follow awak nanti awak follow back yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal yus.. tq sbb follow... sy dh follow yus balik

      Delete
  4. Macam menarik je novel ni . Ni kalau baca confirm tak pergi mana .. Layan novel je

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥