KEHADIRAN MURID SEKOLAH RENDAH TANPA PENGGILIRAN BERMULA 17 APRIL INI

 

KEHADIRAN MURID SEKOLAH RENDAH TANPA PENGGILIRAN BERMULA 17 APRIL INI




Selepas penggal baharu persekolahan dibuka pada 21 Mac lepas, ramai yang bertanya bilakah semua murid sekolah rendah boleh hadir ke sekolah tanpa penggiliran?

Jawapannya: Minggu depan ya

Sekolah Rendah
✅Negeri Kump A - 17 April
✅Negeri Kump B - 18 April
Hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Nampaknya tak adalah kes cemburu sebab Abang tak sekolah lepas ni, sebab Abang je hadir dengan penggiliran. Abang Kumpulan A. Awan, Alan dan Kakak pula hadir setiap hari.

Sembang-sembang dengan Encik Suami, keputusan ini dibuat mungkin sebab budak-budak dah dapat 2nd dose vaksin minggu lepas kot. Nampaknya lepas ni makin jem lah jalan. Nasib baiklah KAFA, takdelah Ibu rushing nak ambik Abang dan Kakak. Mulai tahun ni Abang KAFA terpaksalah makan bekal yang dibawak dari pagi. Kalau dulu Ibu selalu hantar makan tengah hari dan tukar baju dalam kereta, lepas ni tak boleh dah nak berpicnic bagai macam tu sebab Ibu terpaksa ambik Kakak dari sekolah.

Vaksin dos kedua

Abang dan Awan pun dah dapat 2nd dose diorang hari sabtu yang lepas. Ayah je pegi bawak diorang so memang takdelah sesi bergambar. Kah! Kah! Biasalah kan kaum suami memang macam ni. Tapi kalau kita pesan, dia buat jugak.

Berbalik kepada situasi bila semua #theIMANs dah bersekolah, kenapa tak  Ayah je ambik Abang sekiranya takde KAFA?

Begini..
Awan Alan balik 12.30 tengah hari, Abang pulak balik pukul 1, lama jugaklah gap kalau Ayah nak ambik Abang. Dahlah keluar awal takkan nak masuk lambat pulak. Sebab tu kami bahagi-bahagi tugasan ambik anak balik sekolah.



Strategi korang pulak macam mana?


5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kira dah sekolah betul2 baliklah lepas ni, kan.

    Kadang bila jem, rindu zaman pkp yang aman damai. Tapi walaupun aman damai, hidup diburu kebimbangan tentang virus. Jadi, fikir semula, nak hidup normal macam dulu. Jem pun.. jem la... Masuk office hari2 pun okay aje 😍😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... mmg teringat balik masa pkp best jugak... xdelah boring pun.. sy ok² saja mental & emosi... skrg ni penat... tiap hari rasa mcm malas sgt nk g keja... umh pn x terurus dh skrg

      Delete
  2. Dah back to normal ways..
    Semoga sama2 jaga diri dan ikut SOP..
    Harap Malaysia bebas dr Covid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. tp nk ke mana² malas nk scan mysj.. hihihi... selalu suh husb yg scan sekali

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan pelajar2 sekolah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form