Rahsia Kod Ketenangan


Rutin saya setiap pagi bila driving ke ofis memang akan on chanel Sarawak.fm. Mesti orang pelik ada jugak eh orang yang masih dengar radio. Ya, masih. Sayalah orang yang pelik tu. Saya hanya takkan on radio bila banyak kerja dan perlu berfikir itu dan ini. Selalunya kalau kereta sunyi je memang ada sesuatu yang saya fikirkan.

Dan seperti biasa, setiap pagi di Sarawak.fm memang ada seorang ustaz atau ustazah jemputan yang akan menyampaikan tazkirah. Ini tazkirah minggu lepas yang sempat saya dengar bersama Abang semasa nak hantar dia ke sekolah, tazkirah yang bertajuk "Kod Ketenangan".

Perasan atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan seharian memerlukan kata laluan ataupun password. Nak check email kena masukkan password, handphone pun kita letak password. Tapi kita tak perasan kan bila kita serabut, kita bingung, adakah kita ingat password untuk ketenangan?

Ustaz cakap, mudah je kalau inginkan hati yang selalu tenang tenteram, kita cuma selalu berpegang dengan kod 24434.

Ya, kod ketenangan = 24434

Dah boleh agak kan? Jaga solat. Ya, jaga solat, insya Allah, hati akan selalu tenang. Luangkan masa 3-5 minit untuk set temujanji denganNYA 5 kali sehari semalam. Itulah rahsia ketenangan bagi seorang hambaNYA. Simple saja tazkirah ustaz pagi tu tapi impaknya memang mendalam untuk mengingatkan kita agar selalu ingat kepadaNYA.

Lepas ustaz habis bercakap, saya pun slow down balik volume radio dan on CD pulak dengar lagu raya. Eh ~



 

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bagus peringatan tu, bila ingat sekarang ni ada appointment wajtu Dhuha, zhor, macam special pula, nak get ready.. Tapi lagu raya pun persediaan jugakan :)

    ReplyDelete
  2. syukran...hati tenang bila ingat Allah...

    tahun ni rasa seronok dgr lagu raya sbb boleh balik kpg...hehe..

    ReplyDelete
  3. Betul ya kak mim, cuma masa solat ya kenak khusyuk. mun sik, sik juak tenang mun agik juak igt hal kerja opis, hal anak, lom masak sungkey etc.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form