OST Aku Pilih Bahagia - Kau Yang Bertakhta



Semalam Sarawak cuti umum, Good Friday. Hari Khamis saya ambik cuti rehat, pastu buat online class dari rumah. Lama dah tak buat online class sejak dah mula kelas bersemuka ni. Bila dah cuti panjang (4 hari) macam-macam je plan nak buat, tapi.. hampeh. Kita hanya merancang, tahap kemalasan jua yang jadi penghalang.

Semalam day-2 bercuti, saya habiskan masa layan drama Aku Pilih Bahagia di Youtube. Apalagi marathon lah. Puas hati, sekarang nak tunggu siri terbaru lagi. Barulah saya tau best jugak lakonan Fizz Fairuz dan Emma Maembong ni. Gentle giler cara Fizz Fairuz bercakap. Dan sejujurnya saya memang baru tau yang Emma Maembong ni memang best berlakon. Ye lah dah jarang nak layan drama Melayu ni, memang lah semua baru tahu. 

Yang bestnya tengok drama adaptasi novel ni kita dah tau jalan cerita. Sekarang tak sabar nak tunggu part Humairah & Aidan terserempak dengan Dhiya & Dzikri masa makan-makan di Ikea. Tak lama lagilah kot. Part Dhiya berkenalan dengan Arneesa pun belom lagi nih. Nanti 3 orang wanita yang diuji dengan kegagalan rumahtangga ni akan bergabung barulah makin syok.

Jap.. OST cerita ni semua best. Especially lagu Sarah Suhairi ni. Sedap sangat suaranya. Masa ni lah baru saya kenal rupa paras Sarah Suhairi. Hahaha. Kesian kan? Semua tak tau dan tak kenal. Mula/mula ingatkan lagu Indon rupanya lagu penyamyi kita je pun. Tahniah penulis liriknya memang best sangat. Bila tonton di Youtube, memang ramai peninat dari seberang layan cerita ni jugak sebab nak tengok Emma Maembong. Rupanya ni gandingan kedua Emma Maembong dan Alvin Chong. Cerita sebelum ni saya pun tak tengok. Hihi.

Tak sabar nak tunggu episod terbaru. Mak cakap cerita ni ditayangkan jam 3 petang. Memanglah tak dapat tengok tapi Youtube kan ada. Akhirnya dapat jugak saya layan drama adaptasi novel yang saya suka ni.




Kau Yang Bertakhta - Sarah Suhairi

Getar hati, tika desiran nama-Mu berlalu
Gelora jiwa, seakan bayu menghembus lembut ke jantungku
Luahan rindu, pada warkah cinta-Mu
Indahnya rasa saat berdua
Walau berkali, lafaz ku tak jemu
Hati tenang mengingati-Mu
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Kaulah segala yang bertakhta
Aku hamba-Mu Ya Allah
Luahan rindu, pada warkah cinta-Mu
Indahnya rasa saat berdua
Walau berkali, lafaz ku tak jemu
Hati tenang mengingati-Mu
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Kaulah segala yang bertakhta
Aku hamba-Mu
Oh, Ya Allah
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Puji pada Allah
Allahu Akbar, Allah yang Maha Besar
Kaulah segala yang bertakhta
Aku hamba-Mu Ya Allah
Aku hamba-Mu Ya Allah

 

Post a Comment

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥