Kuih Celorot


Hari ni last day cuti selepas 4 hari bercuti agak panjang. 1 hari cuti rehat, 1 hari cuti umum dan 2 hari hujung minggu. Plan nak buat kek buah tapi macam tu lah kita hanya merancang. Siapa yang faham, fahamlah bila dah kemalasan melanda. Sebenarnya kek buah ni kalau awal buat lagi bagus sebab nanti masa raya kek ni makin sedap. Dulu nak buat awal puasa tapi tak sempat beli bahan, tapi dah beli malas pulak nak memulakannya. Takpelah nanti mood raya dah datang, kita buatkan kek buah bermalam kang. Sedap dan tahan lama. Memang berbaloi nak buat.

Hari ni nak cerita kisah kuih celorot. Agak lucu kan namanya tapi memang itulah namanya. Kuih ni siapa yang takde skill memang tak reti nak buat, macam sayalah. Memang takde bakat nak buat kuih tradisional macam ni. Nak carik daun ni pun satu hal jugak sekarang. Kiranya kuih celorot ni memang susah jugaklah nak dijumpa tapi masih ada orang yang membuat dan menjualnya.

Sepanjang minggu ni 4-5 orang member jugak yang cari kuih celorot ni di FB. Tanya kat mana ada jumpa orang jual kuih celorot yang sedap. Bila asik terbaca memang teringin jugaklah tapi takdelah sampai nak mencari. Saya ni nak ke bazaar memang tak lah.

Tetiba di suatu petang Encik Suami balik kerja dia bawakkan kuih celorot ni. Ya ampun, macam tau-tau pulak saya memang teringin nak makan kuih celorot ni. Alhamdulillah.


Kuih celorot dari pandangan atas. 5 biji RM3 okay. Sekarang ni memang semua kuih dah RM3 diorang dah siap pack dalam tapau. Takde dah jumpa kuih 3 biji seringgit.


Okaylah not bad rasanya. Bukan fake. Kalau yang fake kita tau dia tak letak gulapong banyak.

Cara nak bukak kelongsongnya ada 2 cara ye. Ni cara main bukak gelungannya. Kalau saya main tolak je dr bawah tak bukak pun gelungan daun tu. Haha. Tak boleh imagine? Abaikan saja.

Inilah dia kuih celorot. Kuih yang diperbuat daripada santan, gulapong dan tepung beras dan dibungkus dalam kelonsong daun nipah muda. Saya surrender nak belajar buat, makan je bolehlah. Nak buat kelonsong tu dah 1 hal memang bukan minat saya. Hihi. 

Hari ni plan nak masak salmon. Hari tu jumpa resepi baru untuk masak salmon dari blog siapa entah, terlupa. Malam tadi dah google tapi masih tak jumpa. Bukan kari, bukan asam pedas, bukan butter sauce, bukan tempoyak tapi resepi simple je. Nanti kalau ada idea share ye kat komen.





 

Post a Comment

9 Comments

  1. First time ccl tengok rupa bentuk kuih celorot ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa... rare kan? sy selama study kt sana pn x penah lg jumpa kuih rasa mcm celorot ni

      Delete
  2. Pernah jumpa kuih celorot ni tapi tak ingat rasanya macam mana. Kita boleh imagine tolak dari bawah tu. Kuihnya tak lekat, kan.

    Kat JB pun rata2 kuih RM3 siap pek, isinya antara 5 - 6 kuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... semua dh kira standard rate mcm tu skrg kan? akak jumpa celorot kat mana tu?

      Delete
  3. Wah klu buat dr gulapong konpom manis2 santan gula melaka gitu la kan hahaha...

    ReplyDelete
  4. First time dengar kuih celarot. Ni kuih traditional Sarawak ke? Kuin buah pun first time saya dengar.

    Resepi Salmon Nadia tak tahu sebab memang makan salmon bila pergi sushi sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. kuih tradisional kat sini.. kek buah tu fruit cake... kalau tgk mst tau punya

      Delete
  5. Comel nama dia. Bentuknya macam ice lolly tube tu. So dapat bayangkan cara kak mim makan macam ice cream lolly tu, tolak je dari bawah. Macam leceh jugak tu nak membuat kelonsong dan adunan lagi. Saya pun kalau kuih tradisional surrender jugaklah.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥