Amaran Bill Gates Jadi Kenyataan Lagi

Gates juga pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid1-9 pada 2015

LONDON - Amaran Bill Gates kira-kira tujuh bulan lalu sekali lagi menjadi kenyataan selepas beliau menggesa negara antarabangsa supaya bersiap sedia menghadapi wabak dan serangan cacar pada masa depan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/203382/GLOBAL/Amaran-Bill-Gates-jadi-kenyataan-lagi


=====================================================


Sesuai ke tak kalau kita nak kaitkan berita atas ni dengan trending phrase sekarang, DIA SUDAH LAMA RANCANG KITA SAJA YANG LALAI?

Iya lah kita pun bukan kena terus percaya apa saja yang tersebar di media sosial, tapi kadang-kadang apa yang diviralkan tu akhirnya menjadi kenyataan.

Macam kes hari raya tempoh hari tu la. Memang sebelum tu viral jugak kita akan beraya awal, tapi ada yang percaya, ada yang tak. Saya pulak ready awal in case betul raya awal. Nah, sekali betul raya hari Isnin. Nasib baik saya dah defrost semua ayam kambing, dapat jugak masak malam tu.

Berkenaan kes Bill Gates ni pulak, beliau ni orang dalambisnes komputer, semua info daripada saintis dunia ada dalam tangan dia kot. Dia bukan tuhan tapi semua info dunia especially yang berkaitan sains dan komputer ni dia tahu. Macam pandemik Covid-19 ni pun dia pernah jawab masa sesi interviu dengan dia.

Monkeypox pulak sekarang... menyeramkan. Denggi di Selangor pun semakin merunsingkan. Belum lagi ayam putus stok. Nak percaya konspirasi ke tak?

Ahahaha... baca boleh percaya jangan, tapi cakna je dengan isu semasa. Selamat menjalankan tugas bagi semua yang bekerja dengan majikan masing-masing!

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Betul kena peka.
    Apapun berlaku dengan izin Allah. Hanya kepada Dia minta petunjuk.

    ReplyDelete
  2. Kadang yg kita anggap tak betul tu, jadi betul pula... dan sebaliknya :(
    Apapun betul, kena cakna.

    ReplyDelete
  3. semoga kita terhindar dari segala malapetaka. tu la ngeri tgk monkeypox tu

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua terlindung dari wabak penyakit.

    ReplyDelete
  5. selalunya kalau yang bercakap tu orang berilmu, kena jugak beri perhatian

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form