Masak Nasi Briyani Guna Pes Nasi Briyani Maggi

Pernah tak cuba masak nasi beriani guna pes Maggi ni?
Saya baru je try minggu lepas
Not bad la


Bagi yang tak cerewet boleh la
Bagi saya okay-okay je


Nak masak guna pes Maggi ni mudah je
Saya ni sejenis yang suka membaca manual
Kalau produk-produk masak ni pun saya baca jugak
Yang berkali-kali pernah guna pun suka jugak nak baca
Padahal dah tau pun caranya


Nasib ada beli ghee dalam tin ni
Saya suka lagi minyak sapi yang timbang gram tu
Kalau kat supermarket dah siap packing dah 


Beginilah rupanya nasi briyani guna pes Maggi ni
Saya guna beras biasa je
Takde beras basmathi


Sebenarnya nak habiskan stok rendang ayam yang dah difrozenkan hari tu
Kari pun dah takde isi, simpan kuahnya untuk cicah roti canai
Sempat goreng papadom jugak tapi terlupa pulak dihidang bila dah selamat dalam tupperware

Rupanya Encik Suami ada whatsapp yang dia beli sate dan lemang
Daripada menu simple jadi menu hari raya pulak dah kami malam tu
Nasi briyani boleh makan untuk bekfes pulak
Masak 4 cup pun dah rasa banyak untuk kami 5 beranak

Post a Comment

12 Comments

  1. Wow2 menunya.
    Semenjak raya ni, dah lama dapur Syu tak berasap.
    Asyik pergi makan rumah orang saja. Hi3.

    ReplyDelete
  2. Bolehlah cuba nanti, akak pun tak cerewet jugak, hihi.

    ReplyDelete
  3. selalu nampak tapi tak pernah nak beli.. takot nanti masak tak jadi hahah

    ReplyDelete
  4. menarik nmpknya..tk pernh try sbb kt umh ni ramai peminat nasi arab compare dgn nasi beriyani

    ReplyDelete
  5. kakak pernah masak guna pes ni...sedap, cukup rempah-ratusnya..

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi pes baryani maggi ni

    ReplyDelete
  7. Mudah kerja...semua rempah ada

    ReplyDelete
  8. tgk gambar ingatkan buat openhouse.. banyak lauk tu

    ReplyDelete
  9. Dah lama sik polah nasi beriyani maggi tok. Boleh tahan juak cukup rempahnya.

    ReplyDelete
  10. saya pun tak cerewet, makan saja. kalau nak betul-betul sedap pergi ohor cari beriani gam

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥