Tips Mudah Membuat Kek Lapis

Tahukah anda.. sebenarnya buat kek lapis ni tidaklah seleceh mana
Kalau kek lapis yang kena susun lagi kek lapis di dalam tu, memang leceh dan rumit
Tapi kalau yang kek lapis biasa je, ok je sebenarnya
Dalam 2 jam setengah dah boleh setel

Saya ni idoklah pakar dalam membuat kek lapis
Kek lapis premium (yang menggunakan cream cheese) memang saya tak reti nak buat
Tapi setakat kek lapis biasa, insya Allah boleh je

Biasanya saya akan buat kek lapis yang simple ni je
Yang premium or macam leceh sikit saya selalu order je
Jom la try buat kek lapis sendiri
Untuk makan-makan anak-beranak je ke
Saya kalau setakat untuk makan-makan sendiri no hal

Kali ni saya nak share kek lapis yang saya suka buat dari zaman sekolah menengah lagi
Iaitu Kek Lapis Desa Fair
Jangan pelik ye kalernya sama je dengan Kek Lapis Masam Manis yang saya buat tahun lepas


Saya sebenarnya agak kurang suka dengan pewarna macam putih, purple, turqoise, biru
Sebab tu saya guna pewarna kuning ataupun hijau atau merah sahaja

tips buat kek lapis sarawak
1 adunan dibahagi kepada 2 bekas, dengan warna yang berlainan
Kalau nak 3 warna, bahagikan kepada 3 bekas
Dan setiap bekas tu make sure sukatannya sama
Contoh, kalau bekas 1 tu ada 9 senduk, bekas kedua pun mesti sama jugak
Kalau baker yang memang jual kek lapis, selalunya diorang akan timbang setiap bahagian ni
Tapi setakat untuk makan sendiri je saya buat lebih kurang je, janji sama je pembahagiannya
Saya guna loyang 8x8 untuk adunan ni
Pastikan loyang tu digris dengan mentega dan dialas dengan baking paper supaya kek mudah dikeluarkan
Selalunya baking paper ni memang akan disukat dan digunting sama saiz dengan loyang
Sebab tu macam tak nampak je kan? 
Tapi sebenarnya ada dialas dengan baking paper tu


tips buat kek lapis sarawak
Setelah 1 lapisan masak (1 lapisan bersamaan dengan 1 senduk)
Kita kena tekan lapisan tadi dengan penekan kek, seperti di dalam gambar
Penekan kek ni ada dijual di kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek
Kalau untuk industri, memang ada jual yang bersaiz besar
Kenapa perlu ditekan?
Supaya setiap lapisan kek tu nanti akan lekat dan tidak tanggal


tips buat kek lapis sarawak
Semasa melapis, pastikan guna api atas sahaja
Jangan guna api atas dan bawah ye
Memang itu peraturan buat kek lapis, guna api atas sahaja


tips buat kek lapis sarawak
Ini kek lapis yang telah siap
1 lapisan tu anggaran untuk masak dalam 8-10 minit
Selalunya makin tinggi lapisan makin cepat lapisan kek akan masak kerana suhu oven dah semakin panas

Resepi Kek Lapis Desa Fair adalah seperti di bawah:


Kek Lapis Desa Fair

450 gm mentega
10 biji telur
11/2 gelas tepung gandum (diayak)
11/2 gelas gula halus (boleh dikurangkan kalau takmo manis)
200 gm horlick
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu manis
1 tin sederhana Seri Kaya
Pewarna kek

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu, pukul sebati
3. Masukkan seri kaya, susu dan horlick, gaul sebati
4. Last sekali masukkan tepung
5. Sediakan loyang dan bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan 2 warna berlainan
6. Bakar 1 lapisan demi 1 lapisan sehingga habis


Resepi asal sebenarnya dikukus berlapis-lapis
Tapi untuk ambil senang saya bakar je guna oven (api atas sahaja ye)


Selamat Mencuba!

 

2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Menarik. Boleh buat kek lapis ikut cita rasa sendiri.

    ReplyDelete
  2. harap berguna kepada mereka yang memang buat kek lapis sendiri. saya tau makan je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form