Beli Loacker Percuma Mangkuk Seramik

Saya ingatkan bila usia semakin bertambah kegilaan terhadap warna merah dah semakin menghilang. Apa tidaknya sekarang kalau nak beli baju pun suka pilih kaler yang gelap, kalau tak dark blue, hitam.. mata ke situ je. Ataupun dark green. Tapi... bila ternampak Loacker ni, rupanya cinta saya masih bersisa dengan warna merah.

Wafer Loacker ni sebenarnya kami beli hujung bulan lepas. Biasalah stok kunyah-kunyah untuk #theIMANs ni. Tertarik bila nampak ada free gift mangkuk comel berwarna merah ni. Padahal masa tu memang dah queue kat kaunter tapi bila ternampak kotak Loacker ni terus grab. Lepas tu Encik Suami kata ambiklah 2. Yes! Yes! Kalau dah ada 2 lagi cun takdelah lonely si mangkuk merah comel tu.

Beli perisa tak sama tapi pilih kaler mangkuk sama, hihihi.


Mangkuk ni ada 3 kaler, tapi gigih saya pilih yang sama kaler, merah. Kotak pun lawa.


Cheese & Napolitaner


Napolitaner ni memang favourite, selalu beli ni. Yang cheese tu baru first time jugak cuba.


Inilah mangkuknya. Masalah problemnya saya pakai ke tak? Sebab kat rumah memang banyak guna Tupperware je. Pinggan Tupperware, gelas Tupperware, jug Tupperware, semualah Tupperware. Yang jenis kaca ni memang simpan je. Selalunya kalau ada free gift memang simpan je. Apakah maknanya macam tu kan? Hmm...



 

Post a Comment

8 Comments

  1. comel plak mangkuk tu, nak gi cari la..he he he...

    ReplyDelete
  2. Sedap jugak biskut wafer loacker ni. Agaknya kita perempuan jenis cepat terpengaruh dengan benda free ni. Pantang nampak, rasa nak membeli tu tinggi. Guna ke tak belakang kira. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Ala gunalah. Buat letak lauk. Macam dalam juga mangkuknya.

    ReplyDelete
  4. Merah itu menawan eh, menggoda! Hehehehee...

    ReplyDelete
  5. Selalu gitulah. Beli sebab free gift pastu tak tau nak buat apa

    ReplyDelete
  6. tak pernah perasan pun ada kat kedai jual gini, cun la mangkuk merah tu kak comel jugak

    ReplyDelete
  7. ee cantikkk kalau saya mmg pakai hari2

    ReplyDelete
  8. sama dgn syu. klau ada brg free, mesti akan beli.. haha

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥