Throwback Thursday: Majlis Khatamal Quran (MKQ) 2021

MKQ telah menjadi program tahunan sekolah rendah sebelum pandemik 
Tahun 2020 banyak sekolah buat secara online
Alhamdulillah tahun 2021 masa Kakak tahun, sekolah berjaya jugak menganjurkan MKQ ni
Walaupun dengan SOP yang ketat
Tapi sayangnya takde gambar mereka beramai-ramai masa MKQ tu
Ibu-bapa pun tak dijemput berbeza dengan sebelum pandemik
Semua ibu-bapa dijemput semasa MKQ di sekolah
Tapi.. takpelah at least ada jugak kenangan Kakak di sekolah rendah

Tema mereka masa MKQ hari tu perempuan berjubah hitam, lelaki berjubah putih
Tudung pulak semua seragam, cikgu yang belikan


Bunga telur Kakak nak warna biru
Layankan saja
Pulut kuning dan serunding packing dalam bekas siap-siap
Senang cikgu nak bahagikan sesama sendiri


Ada 1 lagi souvenir yang sangat-sangat bermakna daripada Panitia Pendidikan Islam
Setiap seorang murid tahun 6 dapat senaskhah al-Quran yang besar dan siap terjemahan ni
Alhamdulillah... bermakna sangat





 

3 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form