Hello Sibu!


Assalamualaikum! Salam 1 Muharam. Bangun pagi semalam di Kuching, pagi ni bangun pagi dah di Sibu. Sik berasaaaaa!


Ya, kami bertolak ke Sibu semalam, 10 pagi. First time guna jalan Pan Borneo. Ada yang totally siap dan cantik tapi lepas Sarikei belum siap lagi. Dari Julau terus ke Sibu alhamdulillah jalan dah ok. Fuh lama giler dah tak guna jalan darat menjelajah Sarawak ni.

Kami 2 beradik ke Sibu hantar si adik no 4 yang baru dapat posting di sekolah pedalaman di Kapit. Fuh, Kapit. Saya pun tak pernah jejak kaki lagi ke Kapit. Kalau dulu memang naik bot ekspress je kalau nak ke Kapit. Nasib baiklah sekarang dah ada jalan darat. So kami kena gerak dulu ke Sibu lepas tu barulah ke Kapit. Dari Kapit pulak si adik kena naik bot ekspress ke sekolah. Begitulah itenarynya.

Berhenti makan di simpang Saratok. Masa ni dah selamat lalu bahagian Sri Aman dan Betong. Lepas Saratok ni barulah Sarikei, yang jalan belum berapa okay lagi tu. Sarikei then Sibu!

Inilah cikgu baru kami. Makan bekal yang mak siapkan. Kaum lelaki makan nasi campur.

Penuh belakang kereta dengan barang-barang cikgu kita

Sepanjang perjalanan dari Kuching ke Sibu saya tak dapat nak tidur. Enjoy the view je lah. Dalam pukul 5 macam tu dah selamat masuk border Sibu.

Bandar baru Sibujaya

Homestay kami di area Permai.

Boleh la ada 3 bilik semua ada aircond. Yang penting owner mestilah Muslim orang kita. Ni pun last minit booking sebab tak berapa plan sangat itenary kali ni sebab macam adhoc je. Dah sampai homestay baru plan itenary ke Kapit, baru search Agoda bagai 😂 nasib baik ada yang available. Iyalah lepas gaji confirm ramai orang ke pekan nak top up keperluan takut jugak hotel penuh orang check in kan.

Next ke Kapit nanti saya update lagi.




 

Post a Comment

21 Comments

  1. Jauh perjalanan kitak ya. Selamat bertugas untuk adik kitak. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Kamek pun belum gik jejak kaki ke Kapit. Selamat bertugas buat adik kitak!

    p/s: mun di sibu, kmk suka beli kompia manis di Sugar Bun Sibu. Mun sempat singgah Aho Mee Sapi depan Parkson ya, cerik mee kampua nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xda tapau kompia sbb kereta penuh dh nk ke kapit... hehehehe... boleh klak try ke kapit k darat... adventure

      Delete
  3. Selamat bertugas cikgu baharu🥰
    Semoga dimudahkan urusan..Rindunya dengan Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom lah kak... gathering di sini.. ajak yg lain²

      Delete
  4. Jauh perjalanan kitak...selamat bertugas di Kapit buat adik kitak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you nohas... jauh.. sakit² badan dah.. haha

      Delete
  5. Tak pernah jejak lagi bumi borneo :)

    ReplyDelete
  6. Tak sabar tunggu jalan Pan Borneo siap. Bolehlah terjah Sarawak ikut jalan darat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah tu kak.. sblm pandemik ramai jugak yg dr sabah guna jalan coastal... tp skrg kena tgu border bukak dulu

      Delete
  7. Seronoknya Kakmim, bermusafir tengok tempat orang. PH belum pernah ke Sarawak, tapi teringin nak road trip di sana :)
    Selamat bertugas Cikgu :) Moga dipermudahkan segala urusannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau PH berjaya road trip seluruh sarawak ibarat dh jelajah dr johor ke perlis dah

      Delete
  8. Selamat brtugas untuk adik kak Mim. Pernah ke Sibu sekali saja. Tu pun atas urusan kerja so nak jugak tahu kakmik jalan-jalan mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde jalan ke mana jugak sal di sibu... byk ke rehat je sbb nk jalan jauh driving.. kalau highway jalan cantik x penat tp jalan sini ada ok ada x ok mmg mencabar jugak bg yg x biasa

      Delete
    2. haha. kalau saya yang memang tak biasa drive ni mesti surrender lama dah

      Delete
  9. selamat menjadi cikgu.. mencabar perjalanan ke sana

    ReplyDelete
  10. nampak luas dan bersih homestay tu. mama pernah smapai sibu 20 tahun dulu tapi takdelah berjalan sgt waktu tu

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥