Trademark Sibu - Mee Kampua

Pagi Sabtu di Sibu misi kami nak breakfast mee kampua. Kampua ni memang glamer di Sibu. Satu lagi trademark Sibu ialah kompia. Sebut je kampua dan kompia, memang kena di Sibu lah.

Saya pun memang lama dah tak ke Sibu. Memang tak tau nak makan kat mana. Adik yang selalu travelling di Sibu dan husbandnya yang pernah keja di Sibu je yang tau mana nak carik kampua yang menjadi sebutan orang. Kampua ni sebenarnya Chinese food. Macam mee kolok jugak, sejenis Chinese menu. Kami ke YS Cafe, kedai orang kita. Sibu ni sebenarnya ramai Cina, iaitu Cina Foo Chow. Satu lagi trademark Sibu ialah pulut panggang, tapi kami tak sempat carik sebab nak ke Kapit pulak, dah lah kereta penuh. Pulut panggang Sibu ni kena cari di area kampung melayu. Selalu jadi buah tangan kalau balik dari Sibu ni ialah kompia dan pulut panggang.

Kami sampai dalam 8 pagi di YS, penuh jugak dah kedainya. Nasib ada meja kosong.

Banyak jugak menu di YS ni. Tapi misi memang nak makan kampua kan? So terus carik kampua. Saya order Kampua Sos Ayam. Adik-adik pulak Kampua Sos Daging. Encik Suami je yang order Kampua Putih Daging.

Kampua Sos Ayam. Ada sesetengah penjual kalau kampua sos ni memang merah je kalernya. Sebab kampua sos ni dah digaul sos awal so tak perlu sambal/sos bagai dah. Tapi YS Cafe ni tak merah cuma memang terasa ada sos berbanding yang putih terasa masin sebab tak digaul sos.

Ini Kampua Sos Daging. Makan kampua ke mee kolok ke laksa Sarawak ke saya memang suka guna chopstick.

Menu tambahan, kami order roti bakar. Ini roti bakar telur single. Ala roti titab pulak. Tapi yang ni guna kaya pandan homemade.

Ini pulak roti kaya pandan homemade. Roti tu memang tebal dan disteam. Wangi je bau aroma kaya pandan.


Wajiblah bergambar sementara tunggu order sampai. Order dah sampai memang susahlah dah nak ambik gambar, semua dah fokus nak makan.

Last but not least, yours truly.

Tengah hari Sabtu lepas check out dari homestay barulah kami meneruskan tugasan utama kami iaitu ke bahagian Kapit. Dulu Kapit ni nak akses ke sana memang naik bot ekspress je. Tapi sekarang dah ada jalan darat tapi memang berbukit-bukau dan curam. So sekarang orang dah ada option guna jalan darat or jalan air ke Kapit. Bila jalan darat ni dah siap memang ekspress dah tak banyak beroperasi. Bas ekspress dan van pulak dah banyak sekarang.

Oh ya, di Sibu kami tak jalan-jalan sangat pun. Ronda bandar masa sampai tu je dan cari makan. Driver kami yang 2 orang nak rehat, kami yang tak driving pun nak rehat jugak, penat duduk terlompat-lompat dalam kereta. Haha. Ye lah dari Kuching-Sibu dah driving 7 jam. Walaupun bergilir drive tapi jalan masih tak smooth sepenuhnya. Dah sampai Sibu kena rest sebab nak driving ke Kapit pulak.

Next journey ke Kapit pulak ye.







 

Post a Comment

10 Comments

  1. Sarawak terkenal dgn kepelbagaian mee ye Kakmim...
    Baru-baru ni PH tonton travelog Azura Zainal dia ke Sibu, makan mee jawa di Pulau Melayu tak silap nama tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee jawa pulau melayu tu di miri PH.. hehehe

      Delete
  2. jenis mee kering...kena tengok map Sarawak ni...oo..Kapit ni ditepi Sungai Rejang...

    ReplyDelete
  3. wah pestime dgr kampua ni... mmg kat sibu aje ke dapat makan mi ni?

    ReplyDelete
  4. tak berkesempatan pulak makan mi kampua masa pergi Sibu. makan apa yang pihak hotel sediakan je. pandai kakmim pakai chopstick

    ReplyDelete
  5. rindok ati makan mee kampua... enjoy your trip kakmim!

    ReplyDelete
  6. Macam lebih kurang wantan mee, kampua tu.

    ReplyDelete
  7. macam macam jenis mee ye Kak Mim.. Teringin nak cuba mee kolok ..

    ReplyDelete
  8. Mee kampua tu nampak menarik dan ohsem..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥