Hujung Minggu Iman Familia

Hujung minggu ni tadi memang target nak cari kipas angin baru untuk bilik si Kakak. Target memang nak keluar hari Sabtu tapi kakak Iman banyak homework pulak. Ada projek kumpulan nak disiapkan secara online. Balik je dari Kumon sebelah paginya terus je lepak rumah sampai ke malam. Uruskan laundry dan general house cleaning. Awal dah pesan #theIMANs siapkan kerja sekolah dan kemas beg sekolah untuk hari Isnin sebab nak keluar carik kipas angin baru. Nasiblah si Kakak berjaya siapkan jugak sebab dia yang paling banyak kerja, discussion la, macam-macam. Bila dah setel, boleh la berjimba di hari minggu walaupun sebenarnya saya kurang suka keluar pada hari minggu. Hehehe. Bukannya apa sebab masa singkat tak boleh nak merayau sampai malam. Iyalah dah keesokkannya nak sekolah/kerja. Kenalah balik awal untuk prepare apa yang patut lagi kan? Tapi nak buat macam mana sekarang nak keluar hujung minggu terpaksa ikut masa si Kakak. Dia okay je kalau tak ikut tapi tak enjoy pulak nak makan-makan bila mengenangkan sorang tak ada.

Mesti semua ada perasaan macam tu kan? 

3 hero kecilku. Kalau tak nak dengar diorang bising masa keluar shopping atau window shopping kena uruskan makan-makan mereka dulu. Jamu perut dulu sampai kenyang barulah tak banyak komplen. Hari ni Alan bukak mulut bagi cadangan makan kat Sushi King. Hmm.. good idea jugak. Semua setuju dengan cadangan Alan. So destinasi pertama bila sampai di Aeon Mall mestilah ke Sushi King.

Makan makan dan family bonding.

Alan dan Awan, kembar lain-lain tahun.

Batch lain pulak, Kakak dan Abang

Kalau keluar tak sah tak ke kedai buku untuk tambah koleksi komik. Macam biasalah komik mesti beli komik Lawak Kampus. Bulan ni Abang nak kompilasi LK hardcover ni. Harap-harap boleh baca lama sikit. Selalunya sekejap je dia akan habiskan 1 komik tu.

Puas hati jugak pegang hardcover ni.

Kalau tak dikerah masuk bilik tidur maunya dia nak habiskan malam tu jugak.

Ibu pun dapat jugak sebuah. Semoga Ibu gembira ye layan perasaan sementara tunggu Melur Untk Firdaus hari Rabu nanti. 

Plan bertukar daripada kipas angin ke air cooler. Ni pengaruh masa hari raya hari tu lah, nampak rumah kazen ada pakai air cooler yang portable. Mudah nak dialih ke sana ke sini.


Mula memang nak beli kipas angin di Aeon, ada super saver tapi tercheck apps Senheng, rupanya ada baucer RM50x2 untuk kegunaan bulan Julai & Ogos ni. Apalagi ke Senheng pulak riki kipas angin dan terjumpa air cooler Sharp tu. Begitulah ceritanya. Now masih ada berbaki 1 lagi baucer RM50 tak redeem lagi. Kalau boleh redeem sekali harung memang redeem je terus RM100 tu tapi 1 resit boleh redeem 1 baucer je. Hmm...















 

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Replies
    1. buat masa skrg baca komik je... mudahan lepas ni beralih ke buku pulak

      Delete
  2. Mujur semak voucher.. dah jimat situ.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sha... at least ada jugak kurangnya

      Delete
  3. RM50 banyak tu. shopping ni kena rajin research untuk dapat best deal. kecik-kecik dah pandai makan sushi. Acik dulu tak reti. haha

    ReplyDelete
  4. sama anak bujang kita, berkepit dgn lawak kampus :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form