Promosi Batik Raifili Setiap Hari Khamis


Tak sangka pulak team Raifili terjumpa review yang saya buat kat blog. Tetiba member tag di FB, post berbayar dari Raifili World ni yang ada mention nama Kakmim.





Ingatkan nak repeat sepasang lagi baju batik untuk kerja bulan ni. So saya pm je lah agen yang saya deal hari tu. Dia maklumkan Raifili ada buat promosi pada setiap hari Khamis, setiap minggu ye tapi lain-lain promosinya. Rupanya, saya pun baru tau. Cumanya promosi semalam takde design yang saya berkenan, so saya senyap je lah. Hihihi. Save lah takde baju kerja baru bulan ni. Semoga sehingga ke hujung bulanlah ye.

Batik Raifili tu, memang sedap pakai, sejuk, less iron. Cumanya... kainnya bergetah saja. Saya lebih suka kalau kain ada zip. Risikonya bergetah macam ni, nanti kalau tetiba ternaik kg lemak termuncul sana-sini memang tak boleh masuk dah kain tu. Alamatnya boleh tengok sajalah nanti.

Lagi satu, baju ni baju kurung moden, bahagian lengan tu memang agak ketat sikit, kalau ada zip jugak kat lengan tu lagilah memudahkan nak ambik wuduk. Kalaulah dapat management buat penambahbaikan lagi kan? Seriously memang akan setia dengan Raifili ni.

Erm.. Kain batik percuma yang saya claim tu kan, tak buat apa pun lagi. Biasalah, saya dah takde personal tailor dah sekarang. Memang beli baju ready to wear online je. Nak buat sendiri skirt memang taklah, memang tak reti. Kesian kan? Orang tak berbakat macam ni lah. Nampaknya kita simpan dulu kainnya.



 

Baru pakai 2 kali pada hari Khamis. Ni rutin selfie dari dalam kereta sebelum hantar Abang ke sekolah. Siapa yang suka selfie dalam kereta? Kita geng! Hahaha


 

Post a Comment

6 Comments

  1. Kacak corak batik kitak pakai ya kakmim. Bagus sidak gomen, wajib pakai batik sik la batik dilupakan.

    ReplyDelete
  2. ala x nampak sangat coraknye hehe

    ReplyDelete
  3. Di beberapa perusahaan besar di Indonesia, setiap Kamis pakai batik kak

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar batik raifili ni . Tp belum pernah beli

    ReplyDelete
  5. tengok corak batik tu pon nmpk kagum dgn keseniannya., ;p

    ReplyDelete
  6. Claim tapi tak ada rezeki.. hehehe..
    Rezeki sis siap jadi tag line dia..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥