Hari Pemuafakatan Sekolah Kakak

Semalam ada hari pemuafakatan di sekolah Kakak. Mulanya memang nak pergi dengan Encik Suami.
Tapi last minute dia ada online course pulak. So Ibu je lah pergi dengan Kakak Iman. Walaupun ini kali pertama hari pemuafakatan di sekolah Kakak. Tapi sekolah Kakak sekolah Ibu jua. Cumanya waktu zaman Ibu dulu blok kelas Kakak sekarang tak wujud lagi, so ni first time jugak masuk blok kelas baru.


Ustazah tanya kenapa mak Iman ni macam familiar.. hmm. Saya bagitaulah dulu saya pun sekolah kat sini. Cuma tak pernah diajar ustazah. Tapi mak ngah Iman memang Ustazah ajar dari form 1 sampai form 5. Oh no wonder katanya

Meja tengah ada potluck tapi malu-malu pulak semua nak makan


Bila dah selesai urusan dengan guru tingkatan kami pun terus balik. Terjumpalah Penolong Kanan KK. Dulunya PKKK ni cikgu sejarah Ibu masa form 4 & form 5. Sembang-sembang sikit terus ajak bergambar.



Cikgu Jemre cakap dulu mak sekolah sini, sekarang anak pulak. Ustazah pun kata sekarang dia dah ajar level cucu pulak dah. Alhamdulillah.. semoga adik-adik pun boleh masuk sekolah ni jugak.


Sempat snap gambar blok kelas masa form 5. Nak ronda-ronda area sekolah tak berani pulak.


Dan tak sangka public phone legend ni masih wujud lagi!! Telefon ni lah tempat kitorang 'mengisi masa lapang' sebelum kelas tambahan sesi petang masa form 5.. kah kah! Ada je makhluk Allah dicall.. 
Saya follow je member-member.. follow gelak je. Aduiyai... kenangan 24 tahun yang lampau!



 

Post a Comment

3 Comments

  1. nostalgia ni, gi alma mater...lama cikgu tu berkhidmat di sekolah..

    ReplyDelete
  2. Menggamit memori sungguh ni Mim, masuk sekolah lama, jumpa cikgu.
    Public phone tu kalau boleh bercakap, mau dia pun teruja jumpa Mim 😂

    ReplyDelete
  3. Kenangan mengusik jiwa ni, dapat jumpa guru-guru dan tempat belajar dulu.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥