Selamat Hari Malaysia

Lama tak update. Sibuk sangat sekarang memang tak sempat nak me time jalan-jalan baca blog orang. Media sosial lain pun tak larat nak update even status Whatsapp pun malas. Tak sabar nak habiskan tahun 2022 ni pulak. Sesak sangat mental.

Sekarang sibuk handle program tahunan yang lama 'direhatkan' angkara Covid dulu. Bila handle program besar macam ni memang kena deal dengan ramai orang. Ramai orang semestinya banyaklah ragamnya. Bila part kena deal dengan lelaki yang kuat provoke dan agak annoying kekadang terfikir jugak, bagaimanalah isterinya tahan dengan perangai lelaki macam tu? Adoi, sampai ke situ pulak aku pikir. Bukan apa, kita sesekali deal rasa macam hmm.. ni yang menghadap hari-hari macam manalah pulak kan? Belum lagi yang kuat membangkang, memprotes, banyak komen. Hahaha! 

Lupakan sekejap hal kerja untuk hari ni lah. Rabu lepas sekolah Awan dan Alan buat majlis penutupan bulan kemerdekaan. Hentam saja baju yang ada supaya diorang berdua ikut tema. Ibu dah sibuk sangat pikir hal keja tak sempat nak pikir untuk anak sendiri dah. Nasib baik sepupu diorang ada baju yang Alan pakai tu. Awan pun pakai baju Amirul, Alan pakai baju Aydin lengkap. Tanjak Awan Ibu beli preloved di FB. Nasib baiklah ada member bagi no orang yang nak preloved baju merdeka tu. Nasib baiklah kan. Kalau tak, Ibu memang bagi pakai baju melayu je. 

Hari Rabu semangat je bangun awal pagi sebab nak pakai baju merdeka.

Kesian anak-anak Ibu macam kurang luangkan masa dengan diorang dalam 2 minggu ni. Malam-malam lepas setel Ibu selalu naik tidur awal sebab penat. Tak sabar nak habiskan semua program ni semua. 

Selamat berehat ye semua. Besok saya kerja, lusa kerja dan minggu depan pun kompom kerja.

Selamat hari Malaysia semua!!










 

Post a Comment

4 Comments

  1. Begitulah kita kan.
    Kalau tak disebaban kuat mental, dah lama badan kita hancur!
    Di tempat saya, dua bulan kebelakangan ini setiap hari 2 hingga 5 orang MC.
    Sabtu Ahad dikerah kerja, hari cuti umum dan segala waktu cuti pun dikejar! Buat laporan itu ini yang tak masuk akal.
    Rasanya ramai yang penat mental dan fizikal. Stress punya pasal, jatuh askit, itu yang terpaksa ambil MC.

    ReplyDelete
  2. Lamak sik nangga kitak update. Susah deal dengan orang banyak songeh. Kadang kerja yang kita rasa mudah lalu susah oleh orang kedak ya. Sibuk² juak kesihatan jaga juak ok. 😊

    ReplyDelete
  3. Handsomenya anak bujang..
    Kita pun sama sis..
    Ni baru lah ada mood sikit nak berblog blk..
    Itupun tak tau bertahan lama mana..
    Hihihihi!

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥