Tenang Tenang Saja


Dapat mesej ni lagi.. hmm

2-3 bulan belakangan ni trend terputus bekalan air di waktu malam dah jadi biasa pulak di area kami. Maintenance lah, tukar tangki baru lah, ni pulak pasang meter. Redha je lah sebab memang diorang tengah setting stesen pam air baru pun area kami. Bila benda-benda gini biasa berlaku, jadi alah bisa tegal biasa pulak. Lagipun diorang tutup bekalan air waktu malam je. Jarang pulak tutup waktu siang, tapi ada jugak la sekali dua tapi masa tu waktu kerja takde kat rumah so takde efek sangat.

Malam tadi pulak plan nak tutup 9 malam. So balik kerja memang terus prepare dinner awal, setel awal sebab air takde nanti kan? Awan Alan sibuk bagitau air takde (dapat info daripada atok diorang), dah risau macam mana nak sekolah, tak dapat mandi. Amboi amboi terus tak dapat sekolah ye. Tapi kebiasaannya plan tutup kol 9 ke kol 10 ke bila ke toilet masih ada air lagi, mungkin air dari tangki kot. So memang tak risau sangat tapi still jugak simpan air spare sebaldi dua. Mak-mak macam tu lah kan? 

Bila semua hero dah tido awal, kol 9 lagi semua dah masuk bilik, Ibu pulak tekebil-kebil tak boleh tido. Nak melipat baju, moodnya belum sampai lagi. Apalagi godek-godek TikTok je la, tengok-tengok apa yang boleh dijadikan content. Memang leka bila dah godek TT ni sebenarnya. Maka terhasillah 1 VTT ikan-ikan dalam akuarium sebelum tido. Dapat jugak jadikan eksperimen FYP ke tidak? Hahaha. Ada hati nak FYP. Berangan je.


Ini percubaan pertama upload video TT di blog. 

 

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Aduh masalah juga kalau xde air.. semoga video tu fyp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tgu esok lusa jd apa eksperimennya... hihihi

      Delete
  2. Aduhai...jangan la lama2 takda air...Dah rasa masa 1998 lama betul krisis air tu..
    Saya tak pandai TT tapi suka tengokšŸ¤­

    ReplyDelete
  3. Aduh, takda air ni tak kira siang malam memang tak selesa. Takpelah, nak naik taraf okay lagi sebab sementara ni. Bertabahlah..Sempat lagi buat video tu. Kadang leka dengan TikTok juga. hehe...

    ReplyDelete
  4. Tmpt ciknur ni lg kerap sejak ada projek korek korek ni. Rasa dah kebal , sabar je la he hee stok air botol memang x blh putus . Kadang2 tu tiapminggu. Emmm

    ReplyDelete
  5. Alamak kakmim sedih sangat video TT nya. hehe

    ReplyDelete
  6. Muzik latar TT tu menyentuh hati.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form