Birthday Encik Suami 22/10/22

Kalau Ogos, Ibu dan Alan yang celebrate birthday di hari yang sama. Oktober pulak Ayah dan kakak Iman pulak birthday selang seminggu. Si Ayah 22 Oktober, kakak Iman pulak 30 Oktober.

Cantik date birthday Ayah tahun ni kan 22/10/22

Cerita last week pun tak sempat update lagi, dah ada cerita baru. Hihihi. Tapi takdelah sambutan extravaganza sangat. Makan-makan jer macam biasa. Tak birthday pun kami makan jugak. Dan kalau makan #theIMANs ni lah yang akan decide. Ayah dan Ibu bagi beberapa pilihan dan diorang akan decide. Minggu lepas diorang nak makan di Tuk Tuk. Layan je sebab di Tuk Tuk ni puas hati makan. Lauknya pun sama je, favourite diorang mesti set yang ada ikan siakap tomyam. Gambar lama ada je di sini.

Bila dah semua lapar memang tak sempatlah nak ambik gambar lauk bagai. Sempat bergambar sebelum balik je lah. Betullah kata pepatah, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Lepas makan memang hepi giler bebudak ni.

Lepas tu dah tak tau nak lepak kat mana, kami lepak karok je anak-beranak. 3 jam uols! Memang lepas stress habis dengan melalak. Awan Alan pun on jugak karok. Kakak dulu masa kecik² memang hantu karok tapi sekarang dah malu pulak. Menyumbang 1 lagu je. Paling win mestilah Ayah dan Ibu. Hahaha.

Kami masih lagi pakai facemask dalam shopping mall walaupun ramai jugak yang dah tak pakai.

Sebelum baliknya macam biasalah cari tempat makan lagi. Ada 2 pilihan je, makan kat dalam mall atau cari kedai makan di luar baru balik. Anak² dan Ibu decide makan terus di mall then terus jer gerak balik, selesai boleh terus rest. Seharian celebrate birthday Ayah di Viva City.

Begitulah bahagia cara kami.

 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. bagus la tu masih pakai lagi sebab ada varian baru pula sekarang ni. extra protection juga sebab ramai budak2. Happy belated birthday untuk suami kak mim :)

    ReplyDelete
  2. Hepi belated birthday untuk suami Kakmim dan Iman. Janji dapat spend time bersama, Insha Allah akan jadi memori manis untuk anak-anak

    ReplyDelete
  3. Hepi belated besday tuk husband nya tu... Semoga murah rezeki selali

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir untuk keduanya. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan serta sihat ceria selalu. Aamiin...
    Memang seronok bila perut dah kenyang. Anak seronok, ibu ayah pun seronok.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form