Birthday Si Sulung 30/10/2022

13 tahun sudah si sulungku ini. Dulunya dia baby girl Ibu yang montel dengan rambut golong-golong gitu. Memang rambutnya saja yang selalu menjadi tarikan saudara-mara, kawan-kawan Ayah Ibu bahkan juga stranger! Di mana saja kami bawa dia memang ada yang menegur tambahan pula masa masih baby hinggalah usianya 2 tahun, pipi si sulung ni ada 'taik lalat merah'. Tanda lahir yang berwarna merah gitu. Kalau bahasa saintifiknya dipanggil 'Strawberry Hemangioma'. Tapi bila Kakak Iman ni berusia 2 tahun, tanda lahir merah di pipinya pun semakin pudar dan hilang. Hmm.. Rindu pulak rasanya nak ada baby. Bahaya juak kalau buat throwback macam ni. KLMJ sungguh.

30 Oktober. Tarikh ni saya yang pilih sebenarnya sebab dulu Iman ni breech dan saya terpaksa buat LSCS. Memang down jugaklah masa tu. Dahla anak sulung, pertama kali nak merasa pengalaman bersalin tapi terpaksa pula dibedah perutku ini. Tapi itulah pengalaman. Nasib baiklah selepas tu merasa jugak pengalaman bersalin normal. So kalau orang tanya bolehlah saya nak berlagak sikit sebab dah merasa pengalaman bersalin normal dan ceaser. Ahahaha! Jangan tiru berlagak macam saya ya. Saya taip je tu. 


Macam biasa, famili kecil kami mahupun famili besar, masa birthday memang takde hadiah bagai, cuma makan-makan je. Bukan budaya keluarga kami dapat hadiah masa birthday. Dulu masa saya kecik pun sama. Dan bila saya ada anak-anak pun dah terikut jugak budaya mak dan bapak saya dulu. Macam biasa jugak, diberi beberapa pilihan, dan birthday girl nak Secret Recipe. Lagi? Baru last week makan di SR tapi oleh kerana pilihan birthday girl, kita layan saja.


Dah la order menu yang sama jugak masa birthday Ayah. Sik apalah nak, janji kitak kenyang & puas hati dengan comfort food kitak.

Selamat Hari Lahir ke-13 anak sulung Ayah Ibu!
Benar, yang pertama memang selalu ada tempat teristimewa di hati.


























 

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Happy birthday! Moga sihat-sihat selalu!

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Kakak Iman. Kejap masa berlalu. Lepas ni sambung masuk U pula.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir, kak Iman. Acik doakan agar Iman diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan usia dan cemerlang dalam pelajaran, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Kakak Iman..Ayu dan manis wajahnya .semoga dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir..
    Semoga semua yang baik2 sahaja utk Kakak Iman.. ;)

    ReplyDelete
  6. Hepi belated birthday buat puteri sulung kakmim yang manis. Semoga membesar menjadi gadis yang solehah

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Kakak Iman yang manis. Moga sentiasa sihat. Rajin-rajin belajar dan jadi anak solehah.

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday, kakak! May all the stars keep shining on you!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form