Black Panther: Wakanda Forever (2022) - Review atau Spoiler?

Last movie yang kami tengok sebelum ni ialah Air Force The Movie : Selagi Bernyawa
Masa tu tengok ramai-ramai 1 big family.
Emak bapak, semua adik-beradik dan anak buah join sekali mewayang
So hari Sabtu tu Encik Suami ajak tengok Black Panther: Wakanda Forever ni.
Awal lagi dah beliau booking tiket, tak silap hari Rabu rasanya
Rupanya cerita ni baru release 11/11/2022 hari tu
No wonderlah full seat.
Saya ni bukannya kaki wayang sangat, tak cakna pun movie baru yang release.

Black Panther 2022 ni si adik T'Challa pula yang tunjuk power.
Dan semua perempuan pulak tu yang 'turun padang'.
Mula-mula memang agak mellow, iya lah diorang kan baru kematian Abangnya, Raja T'Challa.
Sedihlah si Shuri dan bondanya, Queen Ramonda.
Cerita ni mula jadi best bila berhal dengan kerajaan Talokan di bawah naungan Namor.
Kemunculan Riri William , pelajar kolej yang genius jugak membuatkan wahhh...bestnya dia!!
Tak jadi ngantuk, saya kalau boring mudah tertidur di panggung wayang.
Encik Suami risau jugak tu takut saya tertidur, nasib baiklah saya tak tidur katanya.
Duduk tegak pulak tu macam fokus sangat.
Hahahaha!! Fokuslah sangat.

Popcorn makanan yang terpaling sinonim bila tengok wayang kan?
Makanan ni lah terpaling dirindu zaman PKP dulu.
Popcorn GSC ni memang terpaling sedap berbanding di TGV.
Siapa sependapat dengan saya?

Budak ni tak tengok wayang pun dia boleh  request beli 'popcorn wayang.'
Apatah lagi kalau tengok wayang, mesti dia nak.


Sebelum masuk, apa lagi bergambarlah dulu.


Dan lagi.

Black Panther: Wakanda Forever (2022) ni saya bagi 5 HA.
Ha ha ha ha ha!

Saya rasa akan ada sambungannya lagi lepas ni walaupun Queen Ramonda dah mangkat.
Tapi mesti ada kisah Shuri dan Namor lepas ni.
Ross (ejen CIA yang sekutu Wakanda) yang hendak dijatuhkan hukuman pun terselamat akhirnya.
 Tapi tak tau pulak dia ke mana.
Menjadi tanda tanya.

Mungkin 2-3 tahun akan datang pulak lepas ni baru terjawab persoalan?

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Dah ada yg ni? Yg dulu pun uncle tak sempat tengok!

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton ..
    Saya menonton TV jak...🤭

    ReplyDelete
  3. Amboi meriah bawak anak3 tgk wayang.

    ReplyDelete
  4. Belum tengok lagi. Nak tengok awal keluar haritu tapi macam tak ada masa pulak. Muula nak skip baca takut spoil..hihi..baca jugalah..ohh T'challa pula yang berkuasa. Katanya movie ni sedih sebab kehilangan chadwick. Dengar lagu Lift me up pun dah sedih.huhu...

    ReplyDelete
  5. Samalah tak cakna. Entah la bila dapat tengok. Busy nau

    ReplyDelete
  6. Biasanya akan ada sambungan lagi.. Tak berkesempatan lagi nak tengok..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form