Jumpa Senior Kolej Zaman U


Cantik tarikh hari ni.. 22/12/22
Ada kot yang akad nikah hari ni kan?
Sekarang ni orang suka pilih tarikh kalau ada special occasion.
Dulu masa saya kahwin, main pick je tarikh.. haha!
Tapi masa tahun saya dulu tarikh 8/8/08 yang banyak jadi pilihan.

Berbalik ke cerita semalam.
Semalam 21/12/22
Sesuai jugak eh post cerita ni hari ni sebab selalunya hari ni buat entri Throwback Thursday.
Semalam tengah saya edit yang jadual gaji tahun 2023 tu, dapat notification dari IG. Rupanya senior masa di kolej kat UPM dulu reply komen kat IG story. Rupanya dia nak bagitau dia ada kat Kuching. Laa.. tiber je mamat ni. Lepas tu kata "kalo somi ko izinkan jom la makan sama." Baiklah, mintak izin Encik Suami dulu lah. Tak pernah jugak saya nak keluar makan dengan geng lelaki ni. Alhamdulillah, dipermudahkan, syukur dapat suami memahami, memang jarang-jarang berlaku ni keluar dengan member lelaki lepas bergelar isteri orang.

Mulanya saya yang nak drive sendiri ke tempat diorang makan. Alih-alih dia cakap, otw otw, send location. Adoi la. Tapi untung jugak la tak payah drive. Hahaha!

Macam biasa bila ada geng dari Semenanjung datang terus blur tak tau nak makan kat mana. Ini biasa ye. Walaupun 2 kepala fikir, takde idea jugak. Last-last makan nasik campur je di Warung Nusantara di Metrocity.

Sampai je di Warung Nusantara, terjumpa member ex-UPM jugak, bertudung hitam. Hahaha! Lama tak jumpa mak member ni. Zaman belajar dulu memang selalu lepak BBQ umah member ni.

Tetiba member yang lelaki cakap, jom lah ambik gambar sekali. Memang kitorang ni geng dari UPM, masa single dulu selalu je lepak sama. Member yang dirai yang baru datang dari PD, yang lelaki berbaju hitam. Lain-lain semuanya orang local.

Jarang-jarang makan dengan member-member lelaki sejak dah berkahwin dan beranak-pinak ni. Tapi dah orang jauh datang kan? Dari lepas grad memang tak jumpa dah. 20 tahun tak bersua muka. Dulu memang kitorang 1 kolej tapi course lain-lain. Malam-malam di cafe kolej tu geng-geng ni la yang suka mengacau. Yang jauh tak jumpa 20 tahun, yang duduk di Kuching ni pun lost contact jugak! Haha! Memang baru jumpa jugaklah sejak sekian lama. Sambil-sambil makan, update pasal keluarga masing-masing, kerjaya, geng-geng lain masa di UPM dulu, sembang tak hirau orang kiri-kanan dah.


Masa nak balik tu, member ajak ngopi pulak. Ah sudah, on je lah lah sebab kita ni jadi penumpang, kenalah ikut driver. Mulanya member yang orang Kuching bagitau kita lepak Starbuck je lah. Yang dari PD cakap, kat sana pun ada Starbuck takkan sini Starbuck jugak. Oklah, kita ke Kopicut, kata saya. Padahal saya pun tak pernah jugaklah ke Kopicut tapi ada tengok review di IG artis-artis minum di sini.

Gambar kredit dari IG Kopicut

Kopicut ni terletak di 17th Borneo Street, berhadapan dengan Hilton Hotel.
Jalan depan sikit dah Kuching Waterfront.
Buka setiap Isnin - Sabtu, 11am - 10pm.


Sambung lagi cerita. Sebab semuanya berlainan latar belakang kerjaya, maka banyaklah ceritanya. Sempat jugaklah buat tutorial sikit cara nak menggunakan Canva. Haha! Dari dulu lagi dah si member ni pm di IG nak join online course yang saya buat tapi masih tak berkesampaian. Last-last dia cakap dia guna Powerpoint jer memanjang nak hasilkan buletin. Oklah jugaklah tu.

Kat Kopicut ni order guna kod QR ni. Boleh tahan banyak jugak menunya. Harga takdelah harga kayangan sangat. Just nice je. Nasib baik mudah dan respon laju bila scan kod QR ni. Lepas submit order, staf dia akan hantar resit ke meja dan suruh kita bayar dulu di kaunter. Memang rezeki kena belanja abang senior je lah semalam. Tapi kami order yang simple-simple je sebab baru lepas makan nasik. Cuma try Kopi Tak Tun Tuang yang jadi signature kat Kopicut.

Sesambil tunggu order ambik gambar dulu deco di kedai.

Yang lelaki 2 orang tu adalah bergambar kat sini, saya tukang ambik gambar je lah.

Kopi signature Kopicut. Yang putih sebelah tu susu panas untuk dituangkan ke dalam ice cube kopi dalam gelas tu. So itu yang uniknya kopi tak tun tuang ni.

Set nachos, fries dan nugget. Banyak jugak portionnya susah jugaklah nak menghabiskan.



Boleh juga intai IG Kopicut di https://www.instagram.com/kopicut/


Overall best lepak di sini, mungkin sebab bukan peak hour kot.
Tak sedar dah lama bersembang.





 

23 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Akak UPM jugak 🖐 hehe
    Tentu seronok dan banyak nak bual bila dah terlalu lama tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Owh..Ujie & Kakmim alumni UPM.
    Nanti boleh la Cella pun join alumni UPM in shaa Allah lagi 3 tahun..huhuhu lama tu..Seronok dapat jumpa kawan-kawan kan...pasti terimbU kenangan masa belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tu lah masa baca entri akak terbayang kolej-kolej di upm tu... kali terakhir pergi dh banyak dh kolej baru dah

      Delete
  3. Seronokkan dpt kwn2 lama ni yg bertahun x jumpa.
    byk cerita imbas kenangan zaman student

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... kalau jumpa geng pempuan lagilah byk ceritanya

      Delete
  4. Uniknya kopi tak tun tuang tu.
    Tak jumpa kawan lama, mesti banyak benda borak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x minum kopi tp sy paksa diorg order kopi tak tun tuang tu.. hahaha

      Delete
  5. Best jumpa member lama lagi2 yg sekepala. Mesti banyak kenangan zaman belajar dulu diimbas semula. Kopi Tak Tun Tuang tu menarik konsepnya, Mim.

    ReplyDelete
  6. di kuching nun nang mcm2 tempat makan best. sik juak embak lepak di mom's laksa tek kakmim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar juak ooo... entahlah x terpikir indah nk ke sia... sbb member mdh nk mkn nasik alu terpikir nasik campur ajak

      Delete
  7. aah kan, cantik tarikh hari ni, kak ana tak perasan pun adoi, Alhamdulillah berkesempatan jumpa kawan-kawan lama ni nikmat sangat kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak... ssh nk jumpa kalau member² yg dr semenanjung... sbb kalau kita ke sana pun kadang² timing x cun nk jumpa

      Delete
  8. Seronok bila dapat jumpa kawan2 lama kan Kak Mim.. Cerita blk kenangan lama mesti pecah perut gelak ketawa.. Zaman muda belia hihihihi

    ReplyDelete
  9. seronoknya jumpa kawan lama....Cuya dah lama tak jumpa kawan2 lama...ada la sorang....haha

    ReplyDelete
  10. jumpa member lama + berborak bersembang + mkn sedap = heaven!😁

    kalau sy x cukup sehari 'mini reunion' ni hahaha

    ReplyDelete
  11. meriah betul. dah makan, kopi pulak. betul lah tu, datang jauh-jauh takkan la setabak, nak jugak rasa kopi orang Sarawak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form