Malam Sabtu Kuali Gantung Tepi

Malam tadi Encik Suami ajak keluar ke McD
Biasalah nak makan prosperity lah tu
Saya pulak.. alahai malasnyaaaa
Dah la telinga ku ini berdesing dan berdengung
Lari semua mood hujung minggu dibuatnya

So saya beri cadangan, apa kata kita menggrab saja
Lepak-lepak makan kat rumah
Nasib baik cadangan diterima.. hihihi

Dinner hasil tangkapan Grab Food dan Food Panda malam tadi
Sate ayam, daging dan kulit dengan nasi himpit


Mee Jawa Tulang Special
Sebenarnya yang diorder Mee Jawa Tulang je
Tapi saya tambah sate dan kuah kacang so jadilah special
Selalunya menu di kedai macam tu lah
Mee Jawa Special memang ada sate yang dibanjiri kuah kacang
Lama dah saya nak makan mee jawa akhirnya craving satisfied jugak

Dan last but not least, double prosperity burger yang trending sekarang
Ada cerita di sebalik prosperity burger penghujung tahun 2022 ni
Selesai saja saya ambik gambar, saya setting meja pulak nak makan
Saya angkat air yang masih berbungkus tu.. tetiba terlepas dari tangan
Dan tertumpahlah air Sjora mangga.. habis
Memang bukan rezeki kamilah tu
Terus takde mood dah
Nak kena mop lantai lagi, lap meja lagi
Dah tak excited dah nak makan prosperity
Nasib baiklah mee jawa tu habis

Adakah malam ni kita gantung kuali lagi?
Jeng jeng jeng..

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Jeng Jeng Jeng..
    Hihihihi
    Alahai hilang mood dah kena mengemas mengemop pula yer.. ;)

    ReplyDelete
  2. Menariknya mee jawa tu.. Sha tak pernah pula makan..

    ReplyDelete
  3. Sana sini sate laaa..
    Musim sate agaknya ni..
    Sedapnya sate daging tu.
    Kalau kakmim makan mee tu dengan sate..kat Kedah ada tempat yang makan laksa dengan sate..Saya pun pernah try..sedap pada tekak saya

    ReplyDelete
  4. kakmim tertumpah air saya semalam time nak setting meja terjatuh cawan kaca habis pecah berderai satu hal nak kutip kaca halus risau yang terpijak

    ReplyDelete
  5. sesekali gantung kuali...bg chance laa kan... ;-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form