Nasi Lemak Ganja NLG

Lama jugak rasanya dah tak pekena nasi lemak ganja di Kubah Ria.
3 minggu lepas masa ke Kubah Ria kedainya tutup pulak.
Lepas tu pernah jugak cubaan Encik Suami nak tapau selepas balik kerja, pun tutup jugak. Petang ni Encik Suami hanya mencuba nasib.
Selalunya pergi tapau hari Isnin yang selalunya tak buka.
Nasib baik hari ni berjaya.

Bila Encik Suami sampai , dia letak atas meja makan.
Pelik pulak saya tengok.
Rupanya mereka dah ada packaging baru!!
Kotak design daun pisang!
Not bad.. aumm!

 

Tak perasan pulak NLG ni dah ada beberapa cawangan.
Sebelum ni tau ada kat Kubah Ria je.
Hmm.. good good 👍🏻 


Kali ni beli yang biasa je, takde lauk.
Yang biasa pun memang dah siap ada ayam goreng berempah. RM8 tapi portion nasinya agak banyak, telor rebus separuh, ayam pun saya rasa berbaloi jugak dengan RM8, complete dengan kacang goreng, timun dan ikan masin lagi. Kalau nak lauk paru ke, udang goreng ke, rendang daging ke lain pulak harganya. So far lauk lain pun sedap.


Beli 4, habis. Bahagian saya pun saya bahagi jugak kat Abang sebab 1 pack tu diorang bahagi 3, Abang, Awan & Alan.


Ni cawangan NLG yang lain. Yang kami selalu pergi di Kubah Ria.
Waterfront tau cuma tak pernah makan kat cawangan situ.
Yang di Satok pulak tak tau di mana.

Dapat makan awal, setel awal, bolehlah setel MyPortfolio lagi.
Sebab tu bila Encik Suami kata nak tapau saya terus setuju.
Boleh gantung kuali dan cepatlah dapat on PC.
Almaklumlah Myportfolio due date 16/12.
Sori ye hari ni tak sempat nak blogwalking sana sini.
MyPortfolio menghantuiku! Hahaha 😅



26 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. nampak sedap kak, takde lauk tapi siap da ayam goreng itu pun dah best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasinya yg sedap, sambal pedas, ayam berempah pn sedap.. panas2 mmg mengancam 😂

      Delete
  2. Kat Ipoh ada nasi ganja, kat sana ada nasi lemak ganja plak ye...

    ReplyDelete
  3. mcm2 dah ada kinek tok di kuching.. best eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok.. boleh la.. tp still juak x tauk mkn sine 🤣🤣🤣

      Delete
  4. Alhamdulillah.. berbaloi harga dia dengan portion yang diberikan.. Paling best sebab lengkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. lengkap dan portion byk juga sedap sgt

      Delete
  5. Ada jugak nasi lemak ganja..hehe
    Kiranya nama ganja mungkin sebab sedap, sekali makan nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. mkn sekali teringat2 nk lagi.. begitulah perasaannya

      Delete
  6. first time dengar nama nasi lemak ni....bikin ketagih tak agak2? ngeh3

    ReplyDelete
  7. Ibu ingat Nasi Ganja Ipoh je rupanya Nasi Lemak Ganja pun ada dekat sana ye Kak Mim.. Nampak menyelerakan.. ;)

    ReplyDelete
  8. Lepas ni uncle nak buat nasik lemak ketum pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik jugak tu uncle.. belum ada lg tu 😂😂

      Delete
  9. Jangan mengantuk pulak makan nasi lemak ganja tu.. Hehe. Kang ke laut portfolio

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan semua urusan kakmim!

    ReplyDelete
  11. menarik tu packaging nya..kreatif!

    ReplyDelete
  12. memang tak ada sambal ke...or tak ada dlm gmbr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal dia pack asing anies... hahaha... x masuk dlm frame pulak

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form