Masak-Masak Kari Malam Tahun Baru Arnab



Hai!! Salam tahun baru Cina semua. Tahun ni tahun arnab. Tengok ramalan kaum Cina arnab tak kawan dengan ayam jantan. Diorang kata yang lahir tahun ayam ada manyak soi tahun ni. Ala.. baca je, percayanya jangan. Saya tahun ayam ye, lahir 1981. Ada yang sama dengan saya ke tahun ayam? Hihi.



Bercerita tentang tahun baru cina, selalunya malam tahun baru bagi kaum Tiong Hwa selalunya 1 famili akan 'makan besar'. Menu wajib mereka antaranya mesti ada yee sang, ikan dan mee panjang umur. Ikan pula mesti dimasak steam/kukus kerana simboliknya masakan ini akan membawa tuah. Itu sedikit sebanyak info yang saya tau. Buah limau mandarin pun jangan lupa. Semuanya ada simbolik tersendiri.

Main mercun pun antara adat mereka semasa malam tahun baru dan jangan dilupa tarian singa. Antara sebab pada pemahaman saya untuk mengusir anasir jahat dari kediaman kita dan membuang sial. Malam tadi memang pun ada bunyi dentuman mercun tapi sayup-sayup je rupanya saya terus tertidur. Hahaha!

Kalau kaum Cina makan besar malam tadi, kami sekeluarga pulak makan-makan sempena birthday anak buah saya Aydin. Saya masak kari je. Adik saya pulak (ibu Aydin) masak nasi beriani kari kambing Adabi.
Gambar memang takde ambik. Mood blogger tak on malam tadi. Hihi!


Gambar masa masak je ada snap. Kiri kari ayam, sebab mak tak makan kambing. So masaklah kari ayam seekor. Kanan pulak kari kambing, saya beli 2 kg lamb chumb untuk dikarikan. Start masak 5.30 petang, tu pun bawang, cili kering, serai, halia semua belum diblend lagi. Tung tang tung tang 6.30 petang baru mula menumis. Sebelum isyak semua setel barulah ke rumah adik bawak 2 periuk kari. Hahaha!


Oleh itu, di pagi tahun baru tahun arnab ni, kami sarapan lemang dan kari kambing. Mabeles! Puas hati masak sendiri boleh makan puas-puas.



 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Perghhhhhhh menu Kak Mim malam raya memang superb. Hihihihi! Ibu tgk pun terliur eh. ;)

    ReplyDelete
  2. nak tengok gambar yee sang sekali gambar lemang. kita pula tak sabar nak raya ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar yee sang sy ada slps post ni TS.. haha

      Delete
  3. Eh, siap ada lemang...salah raya ni Kakmim 🤭
    Seronok dapat makan-makan dgn keluarga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pegi open house CNY kat sini mmg menu sama je menu raya sbb caterernya org melayu.. haha

      Delete
  4. Eh, siap ada lemang...salah raya ni Kakmim 🤭
    Seronok dapat makan-makan dgn keluarga ni...

    ReplyDelete
  5. wah sedap menu! terus rasa esok nak masak kari kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bah, sila sila.. selamat mengambin 😂😂

      Delete
  6. wah...dapppnye. MA pun nak upload pic makan besar kami..jab ek

    ReplyDelete
  7. ni dah macam raya puasa punya menu hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form