Terung Goreng Berlado Ikan Bilis

Masa tengah memasak di kala hujan yang masih turun dengan lebat, saya teringat perbualan saya dan Encik Suami malam tadi.

"Yang, nampak gayanya tak boleh dah nak lunch date lagi, budak-budak dah start sekolah besok." - Dialog malam tadi.

Tapi saya taklah cakap bahasa standard macam atas tu, mestilah saya cakap macam ni, "Yang, sik dapatlah kita nak dating makan tengah hari sama agik, sidak dah start sekolah dah." Hehehe.

Lepas tu pagi tadi tetiba kereta saya buat hal kan, terus tetiba je dua-dua mohon cuti rehat. Kemudian tanpa dirancang terus dating. Bahaya kan? Itulah orang kata kata-kata tu satu doa. Pengajarannya nak cakap tu kena fikir dulu, jangan ikut perasaan je.

Tapi bila cuti kan, dapatlah saya masak awal, siap ambik gambar lagi. Boleh jugak buat content kan? 

Hujan-hujan macam ni terasa nak makan sesuatu yang pedas je. Teringat stok terung yang belum dimasak lagi. Boleh la tumis berlado ikan bilis. Makan dengan nasi panas. Fuh! 

Versi kali ni berminyak sikit. Tapi sedap jugak minyak tu gaul-gaul dengan nasi. Sebelum ni saya pernah share terung goreng bercili versi kering.

Senang sangat nak buat ni. Walaupun senang tapi takdelah sampai boleh pejam mata, haa siap. Bukan, bukan. Kang pejam mata jari pulak yang jadi korban.

Bahan-bahan:
Terung
Cili siam
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Garam/perasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara membuatnya:

Langkah 1:
Terung dipotong 2 dan dipotong serong.
Rendam dalam air garam.
Sediakan minyak untuk menggoreng terung dan goreng terung.
Angkat bila separuh masak.

Langkah2:
Tumbuk cili, bawang merah dan bawang putih.
Tapi saya guna chopper, biar kasar-kasar je macam bawah ni.


Langkah 3:
Tumiskan bahan-bahan di atas dengan lebihan minyak gorengan tadi.
Boleh kurangkan lagi minyak jika tak suka berminyak.
Lepas tu masukkan ikan bilis, ikutlah banyak mana korang suka.
Nampak macam rangup sikit, masukkan bawang besar.
Last sekali masukkan terung yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan garam/perasa/serbuk ikan bilis.
Gaul rata dan siap!!!

Mudah kan?? Semudah 1 2 3.

Untuk cili saya guna 2 versi ni, merah dan hijau.
Selalunya saya guna yang merah je tapi saya suka aroma cili hijau ni.
Dah lah montok-montok gitu.
Petik kat umah mak je. Hihihi.

Untuk kuantiti cili dan bawang tu korang sesuaikan dengan portion yang korang masak ye. Saya ni sejenis yang masak ikut naluri sendiri je. Sebab tu bila orang tanya resepi saya tak pandai nak bagitau, bukannya lokek ilmu tau. Hihihi.



 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Wah...sedapnya..saya suka lauk2 kering ni makan dengan nasi panas..

    Betul tu kakmim..kata2 menjadi doa..
    Kita kadang lupa cara berdoa.malu nak minta lebih2 sedangkan Allah itu maha agung..mampu memberi yang tak terjangka akal kita..Semoga Allah mudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  2. Gaul dgn nasi panas-panas ni nikmat sungguh Kakmim kan ...

    ReplyDelete
  3. uihhhhh sedapnyaaaa👍👍👍👍sy mmg suka apa sj yg msk berlado ni. judu dgn nasi panas perghhh menyandar!😁

    ReplyDelete
  4. sedap sangat ni saya pun tak pandai nak sukat bahan masak main agak2 campak je sebab tu tak berani nak bagi resepi hahaha

    ReplyDelete
  5. nampak sedap tu..nasib kita tak makan terung..kalau tak, laju cuba resipi ni..hehe...

    ReplyDelete
  6. ringkas.
    ada pulak nasi panas + telur dadar = ohsem!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form