Masak Bening Kulit Semangka

Semangka di Sarawak, kalau BM standardnya tembikai ye tuan-tuan dan puan-puan. Hehehe.

Kisah semalam berbuka dengan sayur kulit semangka masak bening. Masak bening ni kalau di Sarawak kami panggil masak manis je. Taktaulah apa yang manisnya bukan manis pun, masin adalah dengan belacannya lagi. Mungkin sebab masakan ni direbus saja dan ia mengekalkan rasa sayur-sayuran tu sebab itu kot digelar "masak manis".

kulit semangka
Kalau potong tembikai, kulitnya ini boleh dijadikan sayur. Sedap tau. Tapi kulit yang hijau tu kenalah dibuang. Kita ambik kulit yang putih sahaja. Potong sederhana nipis.

sayur kulit semangka
Tadaa.. siap dah sayur kulit semangka. Mudah, simple dan menyelerakan. Sangat disarankan makan dengan ikan masin. Fuh, mengancam dengan nasi panas lagi.

Bahan-bahan nak masak ni pun tak banyak:

Cili 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan
Ikan bilis/udang kering/udang segar (boleh pilih salah satu)

Semua bahan di atas ditumbuk dan dimasukkan ke dalam air yang mendidih. Bila air dah mendidih, masukkan kulit semangka, tunggu layu sedikit dan masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa. Ada sesetengah orang letak serai yang diketuk, tapi famili saya tak letak serai so saya follow resepi mak. Takmo derhaka resepi ☺️

Siap!! Mudah je kan? 
Tapi kalau pedas sangat tak best pulak nak menghirupnya.
Cili tu agak-agaklah ye. Ada jenis yang kecik tapi pedas.
So janganlah letak sampai 3 biji.

Eh, eh si dia ni lah hero utama sebenarnya.

Berbuka semalam masak simple saja. Yang penting mesti ada nasik.

Sayur kulit semangka, sawi bunga tumis udang & chicken wing goreng kunyit. Makan simple pun 6 beranak 'hanyut' makan tambahan pulak hujan petang semalam.

 

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Uii...sedap hirup tu kakmim..Kami panggil tembikai..
    Sayur bening kami panggi "sayoq ayaq"🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm2 pulak nama ikut tempat kan? Tp tetap juga sayur rebus je

      Delete
  2. Ehh..sama rupanya Johor dan Sarawak, tembikai tu kami panggil semangka. Dah lama akak tak duduk Johor, sekarang dah biasa panggil tembikai 😁
    Tapi kulit semangka buat masakan ni baru pertama kali tau rasanya. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke johor pn panggil semangka.. baru tau jugak ni kak

      Delete
  3. di kampung saya panggil sayur pedas mungkin sebab ada rasa pedas lada hitam..kami belum beli lagi tembikai hari ni macam nak cari juga la nak buat jus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. mmg ada org letak lada.. tp kami x.. masak pedas masak manis tp konsepnya sama je.. rebus saja 🤭

      Delete
  4. Lamak sik molah semangka kedak tuk. Ada semangka di dapur. Petang kelak boleh molah. Campur bubur pedas nyaman juak nya.

    ReplyDelete
  5. Aduh, marek baruk jak Jun beli buah semangka pakai sungkey. Sik teringat lalu mok nyimpan pakei molah sayur tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpa.. next time beli gik iboh lupak.. pakei tukar2 selera nk oo 😅😅

      Delete
  6. La, berjodoh rupanya kita smlm Kakmim! Sy buat kerabu kulit tembikai hehe... Kalau berjiran dah boleh tukar² juadah dah haha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. buat kerabu ek?? Rare ni.. berjiran di alam maya ni kita bertukar2 gambar je la PH 😂😂

      Delete
  7. Penyebutannya sama dengan di Indonesia ya kak. Saya pun menyebutnya semangka. Tapi saat studied di Penang dulu, saya sesuaikan dengan istilah orang sana, tembikai 😁.

    Saya memang selalu makan bagian putih semangka, tapi tak pernah terpikir nak masak. Kebetulan ada semangka di kulkas, nanti nak coba resep Kaka 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh iya?? di indonesia pun sebutannya semangka ya? nnt kalau udah try resep nya buat review ya sis.. hihi

      Delete
  8. Belum pernah cuba tapi ada dengar menu ni femes kat Terengganu. Rupanya orang Sarawak pun ada makan. Lainkali bolehlah ambil kulit tembikai ni sebab harga pun dah agak kayangan jadi jangan bazirkan.

    ReplyDelete
  9. nampaknya lps ni kalau beli tbikai jgn buang kulitnya sbb boleh buat lauk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form