Strategi Berperang Di Dapur di Bulan Ramadhan

Yeah! Strateginya stok 3 bahan utama memasak ni la. Bawang merah & bawang putih kisar, cili kering kisar dan halia & serai kisar. 

Puas hati bila dah ready dengan bahan-bahan masak siap diblend ni. Minggu ni beli bawang merah dengan akak cleaner di ofis sebab kat sini susah nak jumpa bawang merah idaman hati. Yang ada bawang bombay yang besar gedabak tu. Biasalah ada musim memang takde bawang merah kecik kat pasaran, macam telur jugaklah. Kejap ada, kejap takda, pastu mahal. Bila dah ada stok jenis kecik tu, mahal pun mahallah.

Memandangkan esok dah nak sekolah lepas tu Khamis nanti nak puasa mesti nak kena ada strategi di dapur. So hari ni selepas subuh dah start rutin mak-mak, basuh baju, clear peti sejuk dan yang paling penting kopek bawang merah, bawang putih, gunting cili kering, kikis halia, potong serai dan kita blend! Ah siap!! Nak masak selepas ni no hal. Senang hati dah. Tinggal nak tumis-tumis je. Yahooo!!

Korang pulak macam mana strategi untuk bukak puasa nanti? Masak ke beli je? Selalunya saya masak macam biasa je, takdelah menu special. Lainlah masa PKP dulu memang 24 jam kat rumah, boleh la masak 2 lauk dan kuih sejenis. Eh, reti pulak kan? 

Hmm.. Rindu pulak puasa masa PKP dulu. 

Kurma pun kita dah siap basuh dan potong dah. Toskan dan simpan dalam peti sejuk. Nanti nak bukak puasa terus hidang je. Dah dibasuh dan dibersihkan maka makan pun tanpa was-was kesuciannya.

Setel urusan dapur. Bolehla senyum.  



 

21 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Rajinnya kitak kakmim. Kmk lom sempat gik pk pasal bulan puasa kedong gago dgn persiapan sekolah esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sidak anak2 laki dh gago nk teraweh dh koh 😂😂

      Delete
  2. Teringat dulu harga bawang merah sampai RM20 sekilo!

    ReplyDelete
  3. Wahhh, tajin juak siap kupak kurma sekali..Kmk baru nak ambik mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basuh ajak ya dan potong.. kupak buang biji jak bkn kulitnya 😂

      Delete
  4. Selamat berperang kat dapur sepanjang bulan ramadan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. terima kasih wak.. doakan sy ye jgn malas trn berperang

      Delete
  5. bahan blend ni memang memudahkan. selalu standby dalam fridge senang nak guna bila2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau xde mmg malas betul nak masak jadinya

      Delete
  6. Replies
    1. Masa posa zaman pkp dulu setiap hari masak sendiri 🥹

      Delete
  7. rajinnya kakmim dah siap semuanya...saya masih duk fikir2 macam mana nk psg strategi masak bln puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok masak mmg dh abis so kita ready sekali utk bln puasa.. hihi

      Delete
  8. Replies
    1. Keja rutin jugak ni kak ujie.. x puasa pn kena buat stok ni jugak utk masak2 😅

      Delete
  9. Tadi dah siap beli barang basah, bersihkan dan bubuh dalam bekas portion untuk sekali masak. Ayam 4 ekor sampai adik yang jual tu cakap ini betul2 stok nak puasa ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form