Ujian Siling Bocor

Rutin si kakak hari sekolah dia akan mandi jam 4 pagi.
Lepas tu sementara tunggu subuh dia akan study.
Bulan puasa tak payah alarm pun tak apa, dia tetap dengan rutin dia.
Macam biasa dia yang akan jadi alarm saya.
Cuma pagi tadi selepas mandi dia kejutkan saya, macam suspen je.

"Ibu, Ibu, ada bunyi air menitis kat bawah, macam tak berhenti" katanya dengan suspen. 

Hmm.. apa pulak ni, cetus saya dalam hati. Dengan memberanikan diri saya buka pintu nak jenguk kat luar. Teringat pulak modus operandi perompak yang sengaja bukak paip kat luar rumah untuk menarik perhatian tuan rumah. Alhamdulillah tiada apa yang mencurigakan. Encik Suami masih tidur lagi, haha.

Kemudian saya check pula bahagian dapur, pun tak ada apa.
Tapi, bila ke bilik belakang di sebelah dapur, adeh, apa basah ni.
Bila saya dongak ke atas, ah inilah puncanya.

Ya, air menitis tanpa henti, air selepas si kakak mandi.
Gambar gelap sebab saya off lampu.
Dah tak berani on takut lain pulak jadinya nanti.
Terus saya minta kakak kejutkan ayahnya bagitau rumah kita banjir.
Saja suspen, takdelah banjir sangat pun.
Tapi memang air bertakunglah jugak di lantai.
Dulu pun pernah terjadi, dah repair dah.
Dan sejak tu bilik air di bilik kakak dah tak pakai.
Guna bilik air di master bedroom saja.
Encik Suami pun selongkar cadar-cadar lama untuk mengelap lantai.
Saya dah takde idea macam mana nak buat dengan lantai yang kebanjiran tu. Dahlah nak ready untuk bersahur.
"Nampak gaya kena cutilah hari ni, nak cari orang repair ni" katanya.
So pagi tadi bilik air di bilik atas pun 'direhatkan.'
Semua kena bergantung dengan bilik air bawah je.
Tak lama selepas tu air pun dah berhenti menitis.
Tapi tetap kena jugak cari jalan penyelesaiannya.
Encik Suami pun tanyalah jiran yang kebetulan memang kerja bahagian plumbing ni. Okaylah dia kata boleh tengokkan nanti.

Dah berlubang dah bila saya balik kerja petang. Rupanya memang ada blocking yang menyebabkan air tak dapat mengalir ke pancuran bawah dan memaksa air untuk mengalir di luar siling. Hmm..

Begitulah ujian.
Nak kena guna RM lagi tuk selesaikan ujian ni.
Rumah dah 13 tahun ni, macam-macam dah demandnya.


 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. mujur jugak ada jiran yang tahu pasal paip2 ni kak... kalau idok buntu jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kat ofis pun ada jugak org yg tau bab ni... semalam lps sahur mmg dh stat deal dgn yg pakar ni

      Delete
  2. saya pun pernah ada kejadian macam ni juga bulan puasa,seharian di pejabat balik rumah lepas buka puasa tengok rumah dah banjir rupanya tangki air atas master bedroom rosak habis satu bilik dengan katil almari bantal semua basah ujian bulan ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi... kalau tangki tu mmg banjir teruk la cenggitu.. susah nk jangka benda mcm ni kan

      Delete
  3. adeh, RM jugak tu. tapi takpelah, untuk keselesaan.

    ReplyDelete
  4. Harap semuanya selesai dengan cepat.

    ReplyDelete
  5. part syiling ni memang lemah dibuatnya. harap2 semuanya dpt diselesaikan sblm raya

    baru2 tertgk kat mana entah. plaster ceiling ruang tamu runtuh semuanya. tu lg seram kalau nak baiki

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form